Menginjak ke fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan sudah memberikan kelonggaran buat beberapa peniaga-peniaga kecil untuk beroperasi. Kedai gunting rambut juga telahpun termasuk didalam senarai yang dibenarkan beroperasi. Setelah hampir sebulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat sudah kelihatan mula mengeluh kerana aktiviti seharian yg sangat terbatas.Salah satu kesannya ialah ada yang sudah mula rimas kerana rambut telahpun mulai panjang.
Meskipun kedai gunting rambut sudahpun mendapat kebenaran beroperasi daripada kerajaan, rata-rata rakyat berbeza pendapat mengenai isu tersebut kerana Penjarakan Sosial dilihat agak sukar dilaksanakan di premis kedai gunting rambut. Sehubungan dengan itu, rakyat masih lagi khuatir untuk keluar menggunting rambut di kedai.
Pas4ngan suami isteri selebriti iaitu Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya juga mengambil inisiatif untuk menggunting rambut sendiri dirumah. Scha mengambil tanggungjawab untuk menggunting dan merapikan rambut Awal. Walaupun ragu-ragu dgn isterinya, namun mungkin kerana sudah rimas dengan penampilan dirinya membuatkan Awal rela menyarahkan nasibnya ke tangan Scha.
Pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean ini mengahwini Awal Ashaari pada tahun 2012 dan mempunyai seorang anak bernama Lara Alana. Sebagai seorang pelakon dan pengacara, beliau sememangnya dikenali sebagai pelakon serba boleh yang mampu membawakan bermacam watak.
Begitu juga dalam bidang pengacaraan. Beliau yang berkongsi bakat mengacara bersama suami sangat petah berbicara dan berupaya memberikan pelbagai mood kepada penonton sewaktu mengacara.
Mempunyai 5.3 juta pengikut di laman instagramnya, Scha sangat aktif di media sosial dan sering berkongsi aktiviti seharian serta kemaskini terbaru kerjaya seninya di situ. Baru-baru ini tular gambar dirinya menggalas tugas menggunting rambut Awal.
Awal yang terlebih dahulu memuatnaik gambar tersebut di intagram miliknya ternyata mempunyai keraguan terhadap Scha. Almaklumlah, rambut seorang lelaki ni di ibaratkan seperti mahkota. Awal pula sangat cerewet orangnya dalam hal yang melibatkan penampilan dirinya. Ap4tah lagi untuk menyerahkan “mahkota” berkenaan kepada sang isteri yang kurang pengalaman.
Setelah mendedahkan hasil akhir dari sentuhan Scha, rata-rata netizen terkejut dengan kebolehan yang dimiliki oleh Scha. Penampilan Awal menjadi lebih kemas dan bergaya. Hasil sentuhan Scha tidak mengecewakan. Malahan netizen berpendapat Scha sudah layak untuk membuka salon rambut sendiri.
Mengulas lanjut mengenai komen netizen, Scha memaklumkan untuk mendapatkan hasil seperti itu, beliau terpaksa berdiri daripada jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam. Dia juga turut mendapat bimbingan dan tutorial secara online pendandan rambut Bambang Soteto mengenai cara yang betul untuk menggunting rambut lelaki.
Ramai yang kagum dengan kebolehan Scha. Lepas ni Awal dah tak perlu lah pergi gunting rambut di kedai lagi kan. Gunting sahaja di rumah lebih jimat. Apakata para suami yang lain? Boleh la minta isteri dirumah tolong gunting rambut. Lagi pula selalunya hasil sentuhan para isteri ni memang jarang menghampakan.
Sumber : Instagram schaalyahya
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.