Mengecapi dunia glamour sejak lahir merupakan nikmat yang sememangnya tidak dapat dinafikan oleh anak pas4ngan popular Awal Ashaari dan juga Scha Al-Yahya. Lahir pada 22 Julai 2014, anak pas4ngan ini yang diberi nama Lara Alana sudah didedahkan dengan lensa kamera sejak dari kecil lagi. Menjadi selebriti cilik terawal yang mempunyai akaun Instagram di Malaysia, sehingga kini akaun instagramnya itu telah di ikuti oleh 3.9 juta pengikut.
Lara mempunyai pengikut setia yang mengikuti perkembangannya sejak dari bayi. Mereka merupakan pengikut tegar yang mengikuti rutin harian Lara sehinggakan sekiranya tiada muatnaik terkini mengenai Lara pasti mereka akan bertanya mengenai si cilik itu. Sudah menjadi tanggungjawab ibu dan bapanya untuk memastikan akaun Instagram Lara itu kekal aktif supaya peminat Lara dapat menatap wajah si cilik tersebut. Lara juga pernah mempunyai rancangan televisyen sendiri yang berjudul “Lara oh Lara” yang mengisahkan kehidupan dan aktiviti seharian Lara dirumah bersama ibu bapanya.
Seiring dengan peningkatan usia, kini Lara yang berusia 6 tahun kelihatan sangat bijak dan matang membawa diri. Lara dilihat lebih selesa untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana ibu bapanya menghantarnya ke sekolah antarabangsa sejak dari usia 18 bulan. Di sekolah tersebut Lara sudah terbiasa menggunakan Bahasa Inggeris berbual dengan rakan-rakannya kerana Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantara utama disitu.
Muatnaik terkini di laman Instagram, Lara menunjukkan cara untuk membuat DIY (Do It Yourself) kek cawan. Dibantu oleh bapanya Awal Ashaari, Lara semakin bijak berinteraksi di hadapan kamera. Walaupun masih lagi kelihatan pemalu namun Lara tahu apa yang perlu diterangkan dalam setiap langkah pembuatan kek cawan berkenaan. Sambil tersenyum memandang kepada bapanya, Lara juga menjelaskan satu persatu bahan dan juga alatan yang digunakannya.
Rata-rata netizen memuji kecomelan Lara semasa berinteraksi dengan kamera. Lara petah bercakap walaupun masih dibimbing oleh bapanya. Nampak macam ada bakat menjadi pengacara kan. Semestinya Lara mewaris bakat kedua-dua ibu dan bapanya yang merupakan pengacara yang hebat di Malaysia ni.
Kesilapan Lara semasa menyebut perkataan Delicious menjadi Decilious memang comel habis. Yakin betul Lara menyebut Decilious.
“disheles pun boleh la laraa. sampai ke sudah dishelesnya” – Netizen
“Decilious ye Lara…awww so cute” – Netizen
“Cute diciliousss” – Netizen
Comel sangat Lara ni kan. Makin dah besar makin nampak perangai ibu dan bapanya. Semoga Lara membesar menjadi anak yang bijak dan terus berbakti kepada ibu bapanya. Lepas ni boleh la cuba resepi kek cawan Lara ni sebab ianya so De-she-lous.
Sumber : Instagram laraalanaa
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.