Setiap orang sudah tentu menyimpan hasrat yang besar untuk memiliki rumah kediaman sendiri. Lebih membanggakan lagi apabila rumah idaman yang telah lama diimpikan itu adalah hasil titik peluh daripada kita sendiri. Begitulah perasaan yang dirasai oleh pelawak, Achey selepas berjaya memiliki rumah idamannya yang telah diimpikan selama 10 tahun. Tahniah buat Achey dan sekeluarga.
Selain itu, Achey menerusi postingnya di Instagram telah berkongsi perasaan teruja selepas akhirnya dapat merealisasikan impiannya memiliki rumah mewah sebesar tiga tingkat itu. Namun, Achey tidak meletakkan dirinya dalam zon selesa lebih-lebih lagi apabila seluruh dunia kini mengalami impak yang besar kesan daripada penularan Covid-19.
Achey turut berkongsi pengalamannya yang pernah gagal dalam dunia perniagaan sebelum memiliki rumah idamannya. Bagi Achey, pengalaman yang pernah dilalui itu adalah guru terbaik buat dirinya dan menerima ia sebagai sesuatu yang positif.
Sementara itu, Posting Achey telah menjadi perhatian di Instagram selepas memuatnaik gambarnya bersama isteri, Anne dan anak perempuan mereka dengan berlatar belakang kediaman mewah itu. Posting Achey menerima hampir 143,000 likes di Instagram.
Rakan-rakan artis termasuk Shu1b Sepahtu, Elly Mazlein, Tomok dan Faizal Tahir turut mengucapkan tahniah buat Achey.
Rata-rata netizen juga tidak ketinggalan membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buat Achey.
“Alhamdulillah rezeki dari Allah, rumah cantik bro”- Netizen
“Alhamdulillah berkat kesabaran”- Netizen
“Ni baru betul dari org biasa-biasa kepada luar biasa”- Netizen
Malah, Achey juga sentiasa menurut segala kemahuan isterinya sekaligus ia juga antara punca pintu rezeki sentiasa meluas buat Achey sekeluarga.
“Salah satu contoh suami yang suka membazir kepada isteri dia, semoga makin dimurahkna rezeki”- netizen
Betul lah orang kata, dari yang biasa boleh jadi yang luar biasa macam Achey. Tahniah buat Achey sekeluarga.
Sumber: instagram Achey kintangkintung
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.