Hiburan

“Comelnya baby, tidur pun senyum je” – Netizen

Sambutan aidilfitri tahun ini semestinya menjadi tahun yang paling bermakna buat pelakon popular Izara Aishah. Setelah hampir dua tahun mendirikan rumahtangga bersama Adib Khalid, akhirnya impian mereka untuk memiliki zuriat sendiri dimakbulkan. Pelakon ini baru sahaja menimang anak perempuan sulungnya pada 15 April yang lalu. Bayi comel tersebut diberi nama Irisa Alaia.

Irisa Alaia sangat bertuah kerana memiliki tiga orang nenek yang cantik dan ternama iaitu Tengku Datin Seri Zawyah, Puan Safina dan juga Dato Seri Siti Nurhaliza. Menantu Tokti ini juga kelihatan persis anak dara kerana masih cantik jelita walaupun sedang berpantang.

Sambutan hari raya tahun ini disambut secara bersederhana gara-gara wabak Covid yang masih lagi belum berakhir. Namun hal tersebut tidak mematahkan semangat Izara untuk meraikan kedatangan Syawal bersama anaknya.

Memuatnaik sekeping gambar bersama anaknya, penampilan Izara Aishah dan anaknya mencuri tumpuan netizen. Pastinya sambutan hari raya tahun ini adalah yang paling meriah buat Izara dan Adib kerana dapat menyambut bersama “orang baru” dalam keluarga mereka.

Berkongsi wajah anaknya yang sedang tidur, raut wajah Irisa Alaia yang manis kelihatan seperti sedang tersenyum ketika sedang tidur.

Kecomelan anak Izara dipuji oleh rakan artis dan juga para netizen. Walaupun masih kecil anak perempuan Izara sememangnya mewarisi wajah jelita ibunya.

Mesti Izara pun sudah tidak sabar lagi untuk menghabiskan pantang. Kesian Izara, lambat sikit dapat merasa juadah dan menu hari raya. Tak lama lagi dah boleh makan rendang, lemang dan ketupat yaa Izara.

Sumber : Instagram izaraaishahofficial

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.