Hiburan

“Cik B suka budak, sayang saya tak boleh bagi adik kat Cik B” – Dato Seri Vida

Menggalas amanah sebagai ibu tunggal bukanlah suatu tugas yang mudah. Sebagai seorang ibu tunggal seseorang itu perlu memainkan paranan sebagai ibu dan juga bapa kepada anak-anak. Sudah pastilah cabaran yang dilalui oleh seorang ibu tunggal adalah berganda kerana perlu menjaga dan mendidik anak-anak secara sendirian. Begitu jugalah yang telah dilalui oleh Dato Seri Vida. Usahawan kosmetik ini mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Kegagalan rumahtangga tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus mengembangkan perniagaannya. Perniagaan sudah sangat sebati dengan dirinya kerana beliau sebenarnya sudah mula berniaga sejak berusia 9 tahun lagi dengan menjual nasi lemak dan kuih muih.

Pasti ramai yang mengenali kedua-dua orang anak Dato Seri Vida iaitu Cik B dan Kacak. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen kini telahpun berusia 15 tahun. Manakala kacak atau nama sebenarnya ialah Muhammad Eric Zacquan pula berusia 13 tahun. Buat yang tidak mengenali Dato Seri Vida secara dekat mungkin belum mengetahui bahawa Dato Vida pernah kehilangan 2 orang anak dalam kebakaran di rumahnya pada tahun 2013.

Dato Vida berkongsi sebuah video diinstagramnya menunjukkan telatah Cik B sedang bermain bersama beberapa orang kanak-kanak. Cik B kelihatan sangat seronok bergurau senda dan menyanyi bersama sekumpulan kanak-kanak tersebut. Cik B juga turut membiarkan sahaja kanak-kanak itu melompat girang di atas katilnya.

Walaupun masih muda, namun Cik B seorang yang pandai membawa diri dan mempunyai perwatakan lebih matang daripada usianya. Jiwa Cik B yang sangat penyayang dan gemarkan budak-budak diakui sendiri oleh Dato Vida. Mengenangkan dirinya yang berstatus ibu tunggal, Dato Vida meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat memberikan Cik B seorang adik.

Meskipun luarannya Cik B mempunyai penampilan yang sedikit kasar tetapi bak kata pep4tah jangan menilai seseorang hanya daripada luarannya sahaja. Sifat penyayang Cik B sangat terserlah apabila bersama kanak-kanak tersebut. Netizen juga tersentuh hati melihat cara layanan Cik B yang sangat mesra apabila bersama dengan mereka semua.

Sabarlah Dato Vida ya.. Setiap orang itu sudah ditentukan perjalanan hidupnya oleh Allah, namun kita juga diberikan beberapa pilihan dalam kehidupan kita dan perlulah berdoa semoga berhasil untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri dan kehidupan kita. Semoga Dato Vida kembali bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik selepas ini. Sama-sama kita doakan.

Sumber : Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.