Tiada lain yang diharapkan oleh seorang anak melainkan doa seorang ibu sekiranya ibunya masih hidup. Percayalah dengan kuasa doa daripada seorang ibu yang tiada hijabnya disisi Allah. Menghormati seorang ibu itu sangat dituntut dalam ajaran islam sehinggakan sebuah syurga itu diibaratkan letaknya dibawah kaki seorang ibu. Kejayaan dan kehidupan seorang anak yang berjaya pasti salah satunya adalah kerana berkat doa dan kasih sayang seorang ibu.
Bagi chef terkenal iaitu Dato Chef Wan, kasih dan sayangnya buat ibu tersayang mengatasi segala-galanya. Sememangnya Dato Chef Wan sangat dikenali dengan sikap dirinya yang sentiasa menyantuni dan memuliakan wanita. Sama ada pada ibunya atau juga bekas isterinya.
Para peminat sememangnya mengagumi sikap Dato Chef sering yang berbuat ehsan terhadap bekas isteri apaatah lagi buat ibu kandungnya sendiri. Mempunyai seorang ibu yang bakal meniti usia 90 tahun pada Oktober depan, Dato Chef Wan berkongsi cerita mengenai ibunya yang masih lagi mengemas tempat tidurnya sendiri setelah bangun sahaja daripada tidur.
Atas contoh tauladan dan didikan daripada ibu bapanya itulah yang membuatkan dirinya dan adik beradik yang lain belajar untuk berdikari dan lebih bertanggungjawab untuk membantu keluarga seharian.
Memuatnaik video diinstagram bagi meraikan kedatangan Mak Ani iaitu panggilan Dato Chef Wan buat ibu tersayang, Dato Chef berkongsi rutinnya setiap minggu dengan membersihkan bilik ibunya. Dato Chef Wan juga sudah tidak sabar lagi untuk melepaskan rindu berjumpa Mak Ani. Kata beliau lagi Mak Ani akan kembali menginap di rumahnya dalam masa 2 minggu lagi sekembalinya dari rumah adik perempuannya di Lumut.
Melihatkan betapa mewahnya bilik yang Dato Chef Wan sediakan buat ibunya, para netizen sangat kagum dengan kemuliaan hati Dato Chef Wan. Netizen juga memuji citarasa Dato Chef Wan dalam memilih perabot bagi menghiasi bilik ibunya itu.
Video yang dikongsikan oleh Dato Chef Wan itu benar-benar memberikan inspirasi buat para pengikutnya. Mereka turut mendoakan kesejahteraan Dato Chef Wan supaya diberikan ganjaran oleh Allah diatas layanan beliau buat ibunya itu.
Sesungguhnya rezeki orang yang bersedekah ini tidak akan pernah habis. Apattah lagi sekiranya memberikan sedekah buat ibu sendiri dengan mengutamakan kebajikan ibu dan memewahkan ibu bapa sekiranya berkemampuan.
Sumber : Instagram _chefwan58
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.