Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Begitulah pep4tah yang biasa digunakan orang Melayu jika ingin menggambarkan sesuatu sifat dan perwatakan yang dimiliki seorang anak yang pasti diwarisi dari kedua ibu bapanya. Begitu juga dengan bakat yang dimiliki oleh anak selebriti, Lara Alana ini. Tapi dari mana pula datang bakat menyanyi dalam diri Lara yaa sampai dapat pujian dari Datuk Siti Nurhaliza? Rasa-rasanya ibu dan bapa Lara iaitu Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bukan dalam bidang nyanyian.
Walau umur baru mencecah 6 tahun, telatah dan aktiviti harian Lara Alana telah menjadi tumpuan para netizen dan peminat-peminat ibu dan ayahnya sejak dari kecil lagi. Mana tidaknya, siapa yang tidak kenal dengan pas4ngan Awal dan Scha yang telah menjalinkan hubungan percintaan sejak mereka mula-mula menceburi bidang hiburan lagi. Setelah tiga tahun kemudian, barulah mereka masing-masing membuat keputusan untuk melanjutkan hubungan dalam fasa yang lebih serious dan halal.
Seperti diketahui ramai, Awal dan Scha lebih giat dalam bidang modelling dan lakonan. Kerana kedua-duanya mempunyai pakej lengkap dari bakat dan perwatakan, maka bukan suatu hal yang sukar buat mereka berdua untuk menjual bakat yang sedia ada. Perkara ini telah diwarisi oleh Lara sendiri yang sekarang dilihat sering menjadi duta model cilik buat sesebuah jenama produk. Tapi kali ini bukan modelling yang Lara buat, tapi menyanyi pula.
Bukan sahaja mendapat pujian daripada para netizen dan peminatnya, malah penyanyi No 1 negara juga menonton video tersebut yang telah dimuatnaik oleh Awal Ashaari dan mendapat pujian yang sama. Lucu dengan lagu yang dinyanyikan oleh Lara dan Awal di dalam kereta apabila Lara mengatakan bahawa dia tidak mahu adik baru. Comel je tengok gelagat Lara menyanyi dengan ayah dalam kereta. Manja betul yaa.
Netizen juga turut memberi comment yang lucu berkenaan dengan caption yang dibuat oleh Awal Ashaari pada video tersebut.
Lepas ni boleh la daddy dan mummy buat persiapan untuk Lara belajar vokal menyanyi pula ye. Mana tahu bila dah besar nanti boleh ganti Dato’ Siti Nurhaliza kan. Barulah lengkap pakej Lara Alana nak jadi selebriti hebat malah lebih hebat dari mummy dan daddy. Semoga Lara membesar dengan menjadi orang yang berjaya ye.
Sumber: Instagram Awal Ashaari dan Lara Alana