Hiburan

“Bhaya pakai ph0ne ketika bawak m0tor, hujan pulak tu” – Netizen

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu angkasawan pertama Malaysia ini mempunyai sebuah restoran milik bersama beliau dengan Chef terkenal iaitu Chef Ismail. Dr Sheikh memulakan perniagaan itu pada tahun 2003. Berkongsi pengalaman awalnya semasa menceburi perniagaan makanan, beliau pernah ke Pasar Borong Selayang pada jam 4 pagi semata-mata untuk membeli makanan laut segar setiap hari selama 6 bulan. Disamping itu juga beliau mendedahkan bahawa beliau pernah membuat penghantaran lemang, rending dan d0dol pada awal pagi raya selama 2 tahun.

Dr Sheikh Muzaphar dikenali di Malaysia bukan sahaja sebagai seorang angkasawan tetapi beliau juga merupakan seorang d0ktor bdah ort0pedik, penceramah bebas, usahawan dan juga model sambilan. Dr Sheikh Muzaphar telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Halina Mohd Yunos dan kini dikurniakan 4 orang cahaya mata. 2 orang daripadanya ialah kembar lelaki iaitu Noah dan Adam.

Sebagai seorang yang mengusahakan perniagaan bersama Chef Ismail, Dr Sheikh Muzaphar mengakui turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebagai rakan kongsi perniagaan, beliau juga turun padang dan turut sama membantu dalam operasi perniagaan dengan mengambil alih tugasan menjadi penghantar makanan. Baru-baru ini tular gambar dirinya menjadi penghantar makanan untuk restorannya itu.

Sering berkongsi aktiviti bersama para pengikut di akaun Instagram, Dr Sheikh Muzaphar memuatnaik video terkini beliau membuat tugasan penghantaran makanan kepada beberapa orang pelanggan. Dalam video tersebut, Dr Sheikh berkongsi pengalaman beliau sebagai penghantar makanan yang terpaksa meredah hujan dan juga cuaca yang tidak menentu demi melaksanakan tugasan penghantaran.

View this post on Instagram

Menjadi rider bukannya mudah Semuanya tidak endah Hujan tetap redah Walaupun dirinya basah Agar customer dapat jamah Itulah pengorbanan pasrah Untuk mencari rezeki sah Bukannya mudah Tak kira penat lelah Tak peduli hujan rebah Tapi itulah hakikah We sometimes take things for granted on our delivery riders We never realised how much sacrifices they made to bring food to our homes Treat them warmly and gently Some tips would be great Even a smile and saying thank you does help Kudos to all riders out there … But most importantly safety comes first . Salam Everyone Love As Always … Just sharing … PS – I truly enjoy being a delivery Boy . Don’t forget to order food from Rebung @rebung_taman_botani I will deliver them right to your doorstep InsyaAllah Selamat Berpuasa semua …

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Video tersebut benar-benar membuka mata masyarakat akan pekerjaan sebenar seorang penghantar makanan dan pelbagai dugaan yang perlu mereka tempuhi. Walaubagaimanapun cuaca hujan lebat semasa Dr Sheikh sedang menunggang motosikal sambil merakamkan dirinya membuatkan para pengikutnya merasa risau dan meminta Dr Sheikh supaya lebih berhati-hati.

Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen :

I’m a rider too tapi bukan penghantar makanan la. Kadang2 hujan Kita redah je nak sampai rumah. Tapi kalau kilat sabung menyabung seriau gak la. Pikir 10 Kali nak redah. Be careful Doc – netizen

Terima kasih Dr Sheikh kerana berkongsi pengalamannya sebagai penghantar makanan. Semoga dgn perkongsian ini menyedarkan kita semua kesusahan dihadapi pekerja penghantar makanan dan membuatkan masyarat lebih menyantuni mereka yang melakukan pekerjaan ini.

Sumber : Instagram drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.