Bulan madu sudah semestinya saat-saat yang dinantikan oleh pas4ngan baru berkahwin. Ia bukanlah sekadar bercuti sahaja malah ia juga merupakan momen indah bagi pas4ngan suami isteri. Buat pengantin baru ini iaitu pelakon Farah Nabilah dan suaminya, Maldives menjadi pilihan mereka sebagai lokasi percutian bulan madu. Maldives secara umumnya antara lokasi percutian mewah yang terletak di Lautan Hindi dan pastinya percutian idaman ramai dengan keindahan laut birunya.
Farah Nabilah atau mesra dengan panggilan Fawa ini kelihatan sungguh teruja apabila buat pertama kalinya dia menjejakkan kaki di pulau Maldives itu bersama suami tercinta. Malah, percutian bulan madu di Maldives itu juga disambut bersama-sama dengan hari jadi Fawa yang ke 28 tahun. Untungnya Fawa dapat honeymoon dan sambut birthday dekat Maldives ya..
Lebih menarik lagi apabila Fawa dapat menikmati makanan tengahari di bawah laut Maldives. Pemandangan sekelilingnya juga dipenuhi dengan sekumpulan ikan dan batu karang yang cantik.
Sementara itu, beberapa foto dan video percutian bulan madunya turut dikongsi oleh Fawa menerusi laman Instagram sehingga mencuri tumpuan ramai.
Rata-rata pengikut Fawa di Instagram memberi pelbagai reaksi menerusi ruangan komen dan ada juga kelihatan teruja melihat percutian bulan madu Fawa bersama suaminya.
“Cantik sangat view”- Netizen
“Ikan pun sukakan fawa sebab cantik sangat”- Netizen
Dalam pada itu, Fawa telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Amirul pada Disember 2019. Hubungan mereka telah terjalin selama tujuh tahun selepas masing-masing diperkenalkan oleh Izara Aishah yang juga sahabat baik kepada Fawa.
Bestnya tengok honeymoon Fawa dengan suami dekat Maldives. Paling best part Fawa lunch dekat bawah laut.. jealous habis tengok view bawah lautnya hehe..
Sumber: Instagram Farahnabilahofficial