Hiburan

“Besarnya jiwa dan kasih sayang kamu Tokti dan Tengku Zawyah, Salute” – Netizen

Umum mengetahui mengenai latar belakang suami kepada Tokti iaitu Dato’ Seri Khalid yang pernah berkahwin sebelum mendirikan rumahtangga bersama Tokti. Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa sebelum ini telah berkahwin dengan Tengku Zawyah binti Tengku Izham sekitar tahun 1990 walaubagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan perkahwinan itu berakhir pada tahun 2004. Tengku Zawyah merupakan salah seorang ahli kerabat Diraja Kedah.

Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu Mohd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief. Kini Tengku Zawyah juga telah membina kehidupan baru dengan mendirikan rumahtangga bersama Datuk Rayyan Joseph King.

Disebalik apa yang telah berlaku, hubungan Tokti dan Tengku Zawyah masih lagi baik dan dilihat begitu akrab. Ternyata anak-anak mereka sangat beruntung kerana mempunyai dua orang ibu yang sayang menyayangi mereka.

Menerusi akaun Instagram, Tengku Zawyah berkongsi gambar ketika majlis hari jadi anak ketiganya iaitu Muhammad Asyraf yang ke 28 tahun. Kelibat Tengku Zawyah dan Tokti telah mencuri tumpuan netizen kerana nampak mereka berdua begitu mesra sekali.

Selamat Hari Lahir di ucapkan buat Asyraf yang kini bahagia bersama isterinya yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi dari Indonesia iaitu Tya Arifin. Asyraf telah mendirikan rumah tangga bersama Tya pada tahun 2015 dan kini mempunyai dua orang anak bersama Tya.

View this post on Instagram

Our family gathering celebrating Asyraf’s 28th birthday n Syawal 2020 A Family Gathering is a time to remember, a time to laugh a time to celebrate…. a time to share old stories…. and make new memories…. A time to see each other in the faces all around us and find reflections of ourselves in hearts both young and old A reunion is a coming together that strengthens the bond of family and reminds us of the gift of belonging.. A chance to share our history A reason to celebrate our past. A time to welcome our future as a family❤️❤️❤️ @rayyanjk @anaszawawi @alyssahisham @adib_khalid @ia_madame @asyrafkhalid @tyaarifinnw @aaziefkhalid @ctdk @imeiliyaherina @tzurietizham @rokiahizham @arifjiwaasyraf @azzahrajiwaasyraf #familygathering #syawal2020 #lovemyfamily #bondingtime #memorableday #blessedlife #lotsoflove

A post shared by teezac (@teezac) on

Rata-rata netizen memuji sikap professional mereka berdua yang kelihatan sangat akrab. Ramai yang mengagumi kemuliaan hati Tengku Zawyah yang sering mengutamakan kebahagiaan anak dalam segala hal. Sikap mesra kedua-dua buah keluarga ini juga mendapat pujian ramai. Tokti juga tidak ketinggalan mngalkan komen di ruangan instagram Tengku Zawayh.  Antara komen-komen ialah:

Sememangnya sikap Tengku Zawyah dan Tokti wajar dijadikan contoh dan tauladan buat orang ramai. Ibarat pep4tah buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Sumber: teezac

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.