Hiburan

“BCL hayati lagu tu, sebab itu dia men4ngis”- Netizen

Kehilangan insan yang paling disayangi sudah pasti mngalkan kesan yang cukup mendalam lebih-lebih lagi apabila insan tersebut adalah pas4ngan hidup kita. Begitulah yang dialami oleh penyanyi dan pelakon p0pular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) selepas kehilangan suami tercintanya iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pada FebruariĀ  lalu. Pemergian suaminya juga tidak disangka sama sekali.

Walaupun BCL baru sahaja kehilangan suaminya, tanggungjawab terhadap kerja masih tetap diteruskan apabila BCL tampil membuat persembahan baru-baru ini dan muncul kembali sebagai juri menerusi program Indonesian Idol.

Momen paling sebak dan jelas menyentuh hati netizen tatkala ketika program Indonesian Idol berlangsung, Judika menyanyikan sebuah lagu iaitu ‘Tak Mungkin Bersama’ sehingga membuatkan BCL tunduk menangis sambil menghayati lagu tersebut.

BCL juga kelihatan beberapa kali mengesat air mata dan kemudiannya ditenangkan oleh rakan artisnya, Ari Lasso sekaligus membuatkan penonton yang berada di situ juga turut sebak.

Perkongsian video reaksi BCL yang mendengar lagu dendangan Judika itu telah dimuatnaik di Instagram Sinar_my dan ditonton sehingga 105,000 tontonan.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen menerusi ruangan komen. Malah, ada juga beberapa pihak telah mengecam tindakan Judika yang menyanyikan lagu sedemikian seolah-olah tidak menjaga perasaan BCL yang masih dalam keadaan bersedih.

Namun, netizen ini turut berpendapat Judika sentiasa memberi penghayatan yang baik sehingga membuatkan orang ramai tersentuh mendengar nyanyiannya.

“Serious memang s4kit sangat bila ditinggalkan orang tersayang- Netizen

“Bertabahlah kak unge, you are strong woman”- Netizen

Tidak dinafikan, cinta dan dan sayang BCL terhadap suaminya cukup mendalam. Netizen juga turut berasa sebak sejurus melihat video BCL menangis.

Secara umumnya ramai mengetahui hubungan romantis pas4ngan selebriti ini sehinggakan peminat-peminat mereka sendiri dapat melihat kekuatan hubungan romantis BCL dan arw4h Ashraf walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama belasan tahun.

Allahyarham Ashraf Sinclair telah mngal dunia pada 18 Februari lalu akibat ser4ngan jantung dan berita kem4tiannya ternyata telah mengejutkan ramai pihak.

Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah berkahwin pada November 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Instagram: sinar_my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *