Hiburan

“Banyak tempat saya nak pergi berdakwah, tapi dihalau” – Ustaz Ebit Lew

Usaha dalam menyebarkan dakwah dan ajaran agama kepada orang ramai sering dianggap ringan dan remeh oleh pelbagai pihak. Tidak mengetahui nasib di sebalik perjuangan pendakwah-pendakwah bebas di negara ini, pasti ramai yang tidak tahu bahawa perjuangan yang dilakukan oleh mereka ini bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Malah ada di antara mereka yang sering dihalau dari menyebarkan kebaikan dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Liew.

Semenjak dua menjak ini, pasti ramai yang sudah dengar tentang kekecohan pelbagai f1tnah yang menimpa pendakwah bebas negara iaitu Ustaz Ebit Lew. Sedih dah kesal dengan segala tomahan yang diberikan kepadanya selama ini, dia telah membuat video dan berkongsi detik pahit manis semenjak bergelar seorang Ustaz kepada orang ramai. Mengakui hanya seorang Ustaz Cina yang jahil, para netizen menyokong dan tidak bersetuju dengan fitn4h yang dilemparkan kepadanya.

Walaupun terpaksa mendedahkan segala perkara yang berlaku kepadanya selama ini, dia terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak mahu fitn4h yang dilemparkan kepadanya berlarutan dari pelbagai pihak. Ustaz Ebit sering berkongsi detik-detik akhir bersama ibu sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir agar menjadi pedoman kepada anak-anak muda. Dalam video luahannya itu juga, dia telah berharap agar pahala kesabarannya dengan f1tnah selama ini akan dikurniakan kepada ibunya yang sudah tiada.

Sedih dengan itu, Ustaz Ebit juga telah berkongsi bahawa dia sering pergi ke tempat dan msjid untuk memberikan dakwah secara percuma tetapi dihalau oleh individu yang juga bergelar seorang pendakwah. Kesal dengan itu, Ustaz Ebit terpaksa menggunakan cara lain bagi menyampaikan niat baiknya itu dengan memohon surat kelulusan yang membolehkan dirinya menyampaikan dakwah dan ceramah.

Walau sering menerima tomahan dan fitn4h dari rakan seperjuangan, Ustaz Ebit juga menyatakan bahawa selama ini dia memilih untuk hanya berdiam diri bagi mengelakkan sebarang kekecohan dan perg4duhan dari berlaku sesama sendiri.

Sebak dengan segala perkara yang berlaku kepadanya, Ustaz Ebit juga kelihatan hampir kalah dari menitiskan air mata akibat kesedihan yang melanda dirinya. Tetapi dengan niat baik yang telah dilakukan oleh dirinya, Ustaz Ebit sentiasa mendapat sokongan dan kata-kata semangat dari ramai orang di luar sana.

Tak semua orang mampu menjadi sekuat Ustaz Ebit dalam mengharungi dugaan hidup dan tomahan dari orang sekeliling. Ucapan terima kasih sahaja tidak mampu membalas jasa Ustaz Ebit yang selama ini sudah berjuang membantu mereka yang memerluukan di luar sana. Semoga Ustaz diberikan kesabaran dan kekuatan bagi mengharungi pelbagai lagi ujian di masa hadapan.

Sumber: Y0utube Bang Kuchai

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.