Perkahwinan kali kedua buat pelakon Fasha Sandha ternyata memberi sinar bahagia buat dirinya bersama suami, Aidil Aziz sehingga kisah rumah tangga mereka sentiasa menjadi tumpuan peminat-peminat. Fasha juga kelihatan lebih bahagia di samping suami tersayang bersama kedua-dua orang anaknya, Rayfal dan Raysha. Lebih menggembirakan lagi apabila Fasha kini sedang berbadan dua dengan kandungannya yang sudah memasuki third trimester.
Pada awal kandungan Fasha, dia sama sekali tidak berkongsi usia kandungannya kerana fobia dengan pengalamannya yang pernah mengalami keguguran sebelum ini. Disebabkan itu, Fasha memilih untuk mengunci mulut apabila ditanyakan soal usia kandungannya.
Dalam pada itu, usia kandungan Fasha yang sudah memasuki third trimester kini telah membuatkan ramai peminat-peminatnya turut teruja untuk menantikan kehadiran cahaya mata Fasha yang bakal keluar tidak lama lagi. Walaupun perut Fasha sudah kelihatan agak besar, ibu kepada dua orang anak ini masih kelihatan aktif lebih-lebih lagi apabila Fasha berjoget menari lagu Tiktok yang menjadi pilihan ramai pada masa kini.
Dengan izin suaminya, Fasha telah berkongsi video tarian Tiktok bersama rakannya, Rita Sosilawati menerusi laman instagram. Video tersebut telah mencuri tumpuan peminat sehingga ditonton hampir 90,000 tontonan. Pebagai reaksi positif menerusi ruangan komen dan rata-ratanya memberitahu pergerakan aktif seperti menari memudahkan proses bersalin.
“Orang kata bagus untuk senang bersalin, comel sebab nampak perut tu”- Netizen
“Takpelah, a part of exercise. Semoga senang bersalin insyaAllah”- Netizen
“Aktif sikit takpe, nanti biar senang bersalin”- Netizen
“Baik2 jangan sampai terberanak pulak nanti”- Netizen
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat Fasha memuji gaya Fasha yang begitu comel walaupun perutnya semakin membesar.
Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac tahun lalu. Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Rizal Ashram Ramli pada April 2012 dan bercrai pada 20 Januari 2016. Hasil perkawinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia 7 tahun manakala Putri Raysha Jemyma yang berumur 6 tahun.
Comel je Fasha Sandha joget lagu Tiktok. Sekali-sekala menari nak bagi aktif apa salahnya hehehe.. Semoga dipermudahkan urusan Fasha nak bersalin nanti, ramai tak sabar nak tengok baby baru Fasha dan Aidil.
Sumber: instagram Fashasandha
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.