Hiburan

“Bagusnya Jep jaga aurat isteri” – Netizen

Jep Sepahtu atau nama sebenar beliau Mohd Nadzri bin Zainal Abidin telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon kecil molek Sariyanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan  seorang anak perempuan iaitu Dariya Inara pada April 2018. Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio Sinar ini telah mengumumkan isterinya iaitu pelakon Sariyanti telah selamat melahirkan anak kedua mereka.

Untuk kelahiran kedua ini, psangan ini dikurniakan seorang anak lelaki. Sudah semestinya Jep merupakan orang yang paling gembira kerana telah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan. Sariyanti pula telahpun mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya sebelum ini.

Walaupun Jep masih belum berkongsi wajah penuh anaknya, namun pastinya wajah anak lelakinya itu secomel ibunya dan juga sekacak ayahnya.

Berkongsi sekeping gambar bersama keluarga bagi meraikan sambutan hari bapa pada hari ini, Jep merakamkan ucapan terima kasih kepada isteri serta anak-anak kerana sudi meraikan beliau.

Jep kelihatan sedang mendukung anak lelaki beliau Khidir yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari yang lalu. Menarik perhatian apabila gambar yang dimuatnaik Jep itu menutupi bahagian aurat isterinya yang secara tidak sengaja terdedah ketika gambar tersebut diambil.

Kagum dengan sikap prihatin Jep sebagai suami, netizen memuji perhatian yang Jep tunjukkan buat isterinya itu. Ruangan komen juga turut meriah dengan ucapan selamat hari bapa buat Jep.

Jep ni memang seorang suami yang mithali orangnya. Secara luarannya beliau sememangnya seorang pelawak dan gemar menghiburkan orang namun sikap dirinya yang sentiasa mementingkan keluarga wajarlah diberikan pujian dan dijadikan contoh tauladan buat kita semua.

Sumber:  Ig Jepsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.