Rasanya sudah hampir enam bulan sejak penyanyi kesayangan ramai iaitu Elly Mazlein mendirikan rumahtangga bersama seorang guru geografi sejak awal tahun yang lalu. Kak Lina kelihatan semakin berseri-seri sejak melangsungkan perkahwinan kali kedua ini. Elly Mazlein yang lebih mesra di sapa sebagai Kak Lina kini sedang dilamun bahagia dan masih lagi dalam fasa berbulan madu sebagai psangan suami isteri.
Mengambil keputusan untuk menamatkan status ibu tunggal bersama seorang Cikgu Geografi yang bernama Mohamad Azlan, Kak Lina terpaksa melupakan hasrat untuk pergi bercuti untuk berbulan madu dek kerana suaminya yang perlu bertugas setelah hanya empat hari melangsungkan perkahwinan.
Kesempatan berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digunakan sebaik mungkin oleh psangan ini untuk menghabiskan masa bersama-sama dirumah. Susulan daripada PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan, sesi persekolahan telah ditangguhkan dan pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian sahaja.
Membuat perkongsian terkini di akaun instagramnya, Kak Lina berkata beliau sedang menemani suaminya yang merupakan seorang guru untuk mengadakan kelas pembelajaran secara dalam talian bersama anak murid.
Kata seorang netizen perkongsian Kak Lina sangat bagus kerana membuktikan bahawasanya para guru ini masih menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak murid secara dalam talian dan tidak berpel0k tubuh seperti yang dikatakan oleh orang ramai hanya kerana sekolah tutup dan para murid tidak dapat ke sekolah.
Warganet rata-ratanya turut mengagumi keperibadian dan personaliti Cikgu Azlan yang sangat berdedikasi menjalankan tugasnya sebagai seorang guru.
Bertuahnya anak Kak Lina dapat papa seorang Cikgu. Bolehla Sefhia merujuk dengan papanya sekiranya menghadapi masalah dalam soal pelajaran kelak ya.
Sumber : Instagram iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.