Hiburan

“Baba tak payah lah balik, teman jebat tidor”

Hubungan rapat antara bapa dan anak sukar untuk dipisahkan seperti bak kata pep4tah air yang dicincang tidak akan putus. Kasih sayang seorang bapa buat anak-anaknya juga cukup besar malah kehadiran cahaya mata inilah yang mampu melengkapi kehidupan rumah tangga suami isteri. Anak-anak adalah anugerah yang paling terindah daripada Allah buat hamba-hambanya.

Kehadiran cahaya mata sulung buat pas4ngan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila jelas menguatkan hubungan mereka sebagai suami isteri. Meskipun hubungan Sharnaaz dan Noor Nabila sedikit goyah sebelum ini, mereka sanggup mengenepikan hal tersebut demi anak kesayangan iaitu Jebat Jayden.

Sehingga kini, ramai netizen masih tertanya-tanya mengenai status sebenar hubungan Sharnaaz bersama Noor Nabila apabila kisah rumah tangga mereka berdepan masalah dan dalam proses pencraian. Walau bagaimana pun, rata-rata netizen tetap tidak ketinggalan mendoakan yang terbaik dan masih mengharapkan agar mereka kekal bersama demi anak tersayang.

Sementara itu, satu video yang dikongsi menerusi laman instagram Jebat Jayden telah meruntun hati pengikut-pengikutnya apabila melihat reaksi Jebat memanggil bapanya yang sudah berlalu pergi.

“Awat tengok rasa sedih sangat ni, kesian dia duk berletiaq sorang2 nak bagi biskut raya dekat baba dia”- Netizen

“Kesian tak nak papa dia balik”- Netizen

Video yang dirakam Noor Nabila sendiri jelas dapat dilihat jalinan baik antara anak dan bapa kandungnya walaupun mereka tidak tinggal sebumbung. Walaupun Jebat baru menjangkau usia setahun, dia sepertinya sudah mengerti perkara yang dilalui.

Dalam pada itu, video gelagat Jebat itu telah ditonton sehingga 230,000 tontonan dan dipenuhi komen dengan mengharapkan hubungan Sharnaaz bersama Noor Nabila kembali pulih seperti sedia kala.

Baru-baru ini juga, Noor Nabila dan Sharnaaz memuatnaik foto mesra mereka bersama Jebat. Foto mesra mereka sekeluarga telah membuatkan ramai netizen turut sama teruja dengan hubungan psangan ini yang semakin baik demi anaknya, Jebat.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat hubungan Sharnaaz dengan Noor Nabila ye. Menitik air mata bila tengok Jebat panggil baba dia…

Sumber: instagram Jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.