Kerenah dan gelagat anak-anak pasti membuatkan kita sebagai ibu bapa tidak diam mulut. Ada sahaja kreativiti yang mereka ingin mencuba dan jelajahi. Namun, ibubapa harus tahu, anak-anak kita yang punyai sifat ingin tahu untuk mencuba dan merasai benda baru ini bermaksud s3l-s3l otaknya telah berhubung dengan baik sekali. Tidak salah untuk mereka mencuba perkara baru asalkan ianya dibawah pemantauan kita.
Begitu jugalah dengan anak Zarina Anjoulie yang semakin membesar, Martin Ezra Mikail yang berumur 4 tahun. Martin dilihat sebagai seorang anak yang bijak dan berani untuk melihat dan memegang haiwan seperti katak dan sebagainya di instagram.
Biasalah anak lelaki kecil seperti Martin pasti punyai pelbagai idea yang dia fikirkan untuk menyeronokkan dirinya. Baru-baru ini, Zarina berkongsi momen ketika anaknya masuk ke dalam peti sejuk di rumah kediamannya.
Dilihat didalam video berkenaan, Martin nampak gembira memasuki di bahagian bawah peti sejuk tersebut. Walaupun dimarahi ibunya, Martin tetap senyum sahaja.
“Apa buruk benar anak aku, macam tak kenal peti sejuk” kata Zarina dalam dialek Negeri Sembilan.
Netizen terhibur melihat kerenah Martin dan kesabaran ibunya melayan dia. Ada juga netizen yang mengikuti perkembangan Martin dan melihat kerenah Martin dalam laman instagram Zarina.
Martin menunjukkan bahawa kanak-kanak seperti umur beliau punyai akal dan sifat ingin tahu yang hebat dan ibu bapa jangan dikongkong sifat semulajadi mereka ini. Kita sebagai manusia hanya perhati bahawa perkara yang dilakukan itu baik atau buruk dan selamat atau tidak. Itu yang terpenting.
sumber : ig zarinaanjoulielavocah1
Artikel ini disediakan oleh Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.