Hiburan

“Aliff Syukri mula cemburu Raudhah asyik nak melekat je dgn saya” – Datin Shahida

Dato Aliff dan Datin Shahida di khabarkan sudah duduk sebumbung dan berbaik semula. Alhamdulillah anak anak mereka juga nampak happy apabila dapat menyambut ramadhan bersama sama dengan kedua ibu bapa. Dato Aliff juga di katakan pulang setelah menjarakkan diri sementara untuk mematangkan dan musabah diri selama 4 bulan. Anak- anak juga terharu bila Dato Aliff pulang berbuka puasa bersama-sama baru2 ini.

Dato juga menyatakan dia ingin belajar menjadi insan yang lebih baik lebih menghargai dan apa yang berlaku sebenarnya bukan gimik untuk meraih publisiti tetapi hanya untuk memperbaiki diri. Dia juga meluahkan dirinya terasa sangat kosong tanpa keluarga di sisi.

Bukan sahaja keluarga happy, tetapi rata rata pengikut mereka juga turut happy melihat Dato dan Datin kembali bersatu dan berbaik. Di dalam ruangan instagram Datin juga, Datin memuat naik gambar dan perkongsian tentang Dato Aliff nampak sangat Datin sangat bahagia dengan kepulangan Dato Aliff di sisinya.

Beberapa jam lepas, Datin memuat naik gambar Raudah dengan status menyatakan Dato Aliff sangat cemburu dengan Raudah sebab Raudah sudah berkepit dengan Datin. Alahai comelnya dua beranak ini, biasalah anak perempuan kebiasaan akan manja sedikit kan.

Dato Aliff juga memberi komen mengada dan menyatakan dia tidak pernah jumpa lagi budak yang suka melekat seperi Raudah. Kata Dato Aliff juga dia tidak sangka anaknya Raudah sangat manja seperti itu dengan Datin Shahida. Dato Aliff juga sempat bergurau dengan nada yang sedikit risau ” Aiyoo habislah abah ” .

Alamak habis lah Dato Aliff nak berkepit dengan Datin Shahida sekejap mesti ada Raudah kat tengah nak kan parhatian Datin Shahida. Terpaksalah berkorban demi Raudah kan.

Tidak mengapa Dato, Anak membesar sekejap sahaja bila sudah besar sudah pasti Raudah tidak semanja sekarang. Semua ibu sangat teruja apabila mendapat baby dan pasti semua ibu di luar sana pasti akan berkorban apa sahaja untuk anaknya.

Sanggup berjaga malam berpantang makan demi menyusu anak sehingga 2 tahun dan sanggup berkorban waktu tenaganya demi membesarkan anak kecilnya. Begitu juga seorang bapa sudah pasti mampu berkorban apa sahaja berkerja keras untuk membesarkan anak anak kan.

Rata rata netizen sangat happy melihat perkembangan hubungan Dato Aliff dan Datin Shahida sekarang, semakin romantik, semakin bahagia alhamdulillah kita doa yang baik baik untuk Dato dan Datin.

Semoga hubungan sweet Dato Aliff dan Datin Shahida berkekalan selamanya. Ramai yang happy melihat kebahagiaan mereka berdua. Semoga rumah tangga Dato dan Datin berkekalan hingga ke syurga.

Sumber : Ig shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.