Perlantikan Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang diPertuan Agong ke 16 pada bulan Julai tahun lalu membuatkan nama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kian meniti di bibir para rakyat jelata.
Selain daripada penampilannya yang berselendang menjadi perhatian, perwatakan dirinya yang peramah dan mesra rakyat sangat disenangi oleh rakyat jelata. Tunku Azizah juga merupakan adinda kepada Sultan Johor terkini iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Tunku Azizah juga cukup dikenali dengan hobinya yang suka memasak. Semasa peristiwa banjir di Pahang, Tunku Azizah sanggup mencemar duli memasak untuk rakyat di pusat pemindahan banjir.
Disebabkan hobinya yang suka memasak, baginda mempunyai satu akaun Instagram yang dinamakan air tangan tunku azizah yang memuatnaik gambar juadah yang telah disediakannya buat tatapan rakyat jelata.
Muatnaik terkini di Instagram tersebut ialah menu Otak-Otak Siam Istana Bukit Serene. Menariknya kata Tunku Azizah, walaupun namanya otak-otak siam tetapi juadah tersebut sebenarnya berasal daripada negeri Johor.
Kecur air liur dibuatnya apabila menatap gambar juadah tersebut, para netizen memuji kemahiran Tunku Azizah memasak. Pastinya Otak-otak Siam Istana Bukit Serene ini sangat enak untuk dinikmati terutamanya sebagai juadah berbuka puasa. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh warga maya:
Sedap-sedap semuanya masakan yang Tunku Azizah muatnaik dalam Instagram tu. Rakyat yang melihat kempunan nak merasa air tangan Tuanku. Â Mungkin lepas ini Tuanku boleh keluarkan buku resepi pula buat inspirasi rakyat. Siapa tahukan.. sama-sama kita nantikan. Ampun Tuanku
Sumber : Instagram airtangan_tunkuazizah
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.