Sebelum ini biasanya k4um wanita yang lebih cenderung dalam aspek yang melibatkan perihal rumahtangga. Mengemas dan memasak dahulunya hanya sinonim dengan kaaum wanita. Namun kini selari dengan peredaran zaman, bidang masakan dan juga hiasan dalaman rumah dilihat sudah mula didominasi oleh kaaum lelaki. Malahan mereka lebih menyerlah berbanding k4um wanita sendiri.
Begitu juga profession kerjaya yang dahulunya mewakili identiti wanita seperti seperti Chef dan juga Pereka Hiasan Dalaman Rumah kini sudah mula menjadi pilihan lelaki untuk diceburi. Citarasa k4um lelaki dalam mengadun dan memadankan sesuatu tidak kurang juga hebatnya dimana mereka ternyata lebih unik dan kreatif.
Bercakap mengenai hiasan dalaman rumah, lelaki zaman moden tidak lagi seperti dahulu yang kurang pendedahan dari segi tatarias dan susun atur bilik tidur. Teknologi dihujung jari membolehkan mereka mendapatkan maklumat dan mempelajari apa jua yang mereka ingini.
Seperti mana pep4tah rumahku syurgaku, ruang yang paling penting untuk melepaskan penat lelah selepas seharian bekerja pastinya kamar beradu. Hiasan dan kemasan bilik tidur yang selesa dan kemas mengundang suasana selesa dan menyedapkan mata yang memandang.
Ramai minta nak tengok my room. So here you guys 🍂 pic.twitter.com/NzVBeIwMSE
— SN. (@SyaifulNazreen) April 28, 2020
Melalui satu perkongsian di laman twitter, seorang pemuda memuatnaik gambar pakaian dan barangan peribadi yang telah berjaya dikemaskan dan disusun rapi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pemuda yang bernama Syaiful Nazreen itu memanfaatkan tempoh PKP dengan melakukan aktiviti mengemas bilik dan menyisihkan pakaian yang sudah tidak boleh digunakan.
Perkongsian Syaiful meraih tumpuan netizen yang sangat kagum dengan hiasan, perabot dan susun atur pakaian pemuda itu. Netizen teruja dengan perkongsian pemuda itu dan meminta supaya lelaki itu berkongsi gambar keseluruhan biliknya pula kerana terinspirasi dengan dekorasi bilik dan perabotnya.
Rata-rata netizen melahirkan perasaan kagum dan memuji sikap rajin Syaiful. Mereka juga mengakui sangat sukar untuk berjumpa dengan lelaki serajin itu pada masa kini dan melabel Syaiful sebagai “limited edition”. Netizen mengatakan bahawa sesiapa yang bakal menjadi isterinya pasti akan merasa sangat beruntung kerana memiliki seorang suami yang sangat rajin menyusun dan mengatur pakaian serta bijak mendekorasi ruang.
Syaiful juga mendapat banyak pertanyaan daripada warga twitter mengenai barangan hiasan yang digunakan dan beliau tidak lokek untuk berkongsi lokasi pembelian setiap barangan tersebut.
Lelaki kalau dah mengemas biasanya memang kelihatan lebih cantik dan kemas daripada perempuan. Sampai tergugat perempuan dibuatnya. Terima kasih Syaiful kerana memberikan idea dan ilham buat kami semua.
Sumber : twitter SyaifulNazreen
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.