Hiburan

“Aku nyanyi ini aku takut melihat mukanya, aku tahu tidak mudah buatnya” – Judika

Gmpar malam semalam dengan kehadiran seorang wanita kuat yang baru kehilangan orang tersayang iaitu Bunga Citra Lestari di pentas akhir Indonesian Idol X. Walau masih sukar buatnya untuk berhadapan dengan orang ramai dengan kesedihan yang masih membendung, dia masih bersikap professional dengan menjalankan tanggungjawabnya untuk hadir pada malam tersebut sebagai juri tetap yang sebelum ini telah diganti oleh Rossa sendiri buat seketika.

Kehadirannya disambut baik oleh para penonton Indonesia yang memberi sokongan dan tepukan gemuruh buat Bunga agar dia semangat dan kuat untuk menjalani tugas pada malam tersebut. Tetapi akhirnya dia kalah apabila Judika mula memberi persembahan untuk single terbarunya yang bertajuk Tak Mungkin Bersama. Ternyata setiap bait lirik pada lagu tersebut memberi makna yang mendalam buat Bunga dan lebih menyedihkan dengan alunan melodi dan suara dari Judika sendiri.

Sebagai seorang sahabat buat Bunga yang hampir setiap minggu berjumpa dan menjalani tugas sebagai juri tetap pastinya mereka berdua mempunyai hubungan yang sangat akrab sebagai rakan. Judika juga pasti turut merasakan kesedihan yang dialami oleh Bunga sendiri walaupun zahirnya dia sebagai seorang lelaki gagah tetap tumpas apabila melihat sahabatnya itu menangis.

Judika turut mengatakan bahawa pada mulanya dia juga enggan untuk membawakan lagu itu pada malam tersebut kerana dia sudah menjangkakan suasana akan menjadi hiba buat Bunga. Akan tetapi, dia tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa untuk menyanyikan lagu tersebut disebabkan itu merupakan pentas akhir Indonesian Idol X.

Andai waktu boleh diputar, pasti Judika sendiri tidak mahu memilih malam tersebut untuk dia menyanyikan lagu terbarunya itu. Setia seorang Judika sebagai sahabat yang sama-sama merasakan sedih juga masih sebak ketika hendak mengulaskan tentang keadaan Bunga.

Judika juga berkata, dia merasa senang dengan kehadiran Bunga pada malam tersebut agar dia dikelilingi sahabat yang sentiasa menyokongnya dari belakang. Berbanding jika Bunga memilih untuk masih berduka di rumah yang akhirnya akan mengakibatkan stress kepadanya.

Para netizen yang menonton video tersebut juga dapat merasakan kesedihan yang sama apabila melihat Bunga tidak dapat menahan tangisannya.

Berada di posisi Bunga pastinya bukan sesuatu yang mudah. Pasti sukar buat dirinya apabila kehilangan suami yang amat dicintainya dan sekaligus mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga anak lelakinya iaitu Noah. Semoga ketabahan dan kekuatan untuk bangkit semula sentiasa berada bersama Bunga Citra Lestari dan juga keluarga.

Sumber: Instagram inaijari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *