Hiburan

“Aiyo boleh nampak Abam Jibu lagi berat dari adik-adik”- Netizen

Hanis Zalikha binti Zainal Rashid yang lebih mesra di panggil KekNis ini pada awalnya ialah seorang bl0gger. Mempunyai blog yang diberi nama inibelogsaya.blogspot, beliau pernah mendapat pencalonan bagi Most Influential Bl0g Award pada tahun 2011. Beliau dikenali kerana sering berkongsi tips kecantikan, resepi dan tempat-tempat menarik untuk dilawati melalui blog beliau. Gaya penceritaan beliau yang menarik hati juga membuatkan pembaca tertarik untuk mengikuti bl0g tulisan beliau.

Hanis Zalikha merupakan anak kepada seorang model 80an iaitu Nani Rostam. Hanis pernah menjejak langkah ibunya menjadi seorang model dan menjadi salah seorang peserta dalam sebuah program realiti televisyen iaitu Dreamgirl. Hanis mendapat tempat ketiga didalam pertandingan tersebut. Anak kedua dari 7 beradik ini sangat bijak dalam pelajaran dan sering mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap semester. Hanis Zalikha seorang yang tepat bagi definisi “Beauty with Brain

Beliau menamatkan zaman bujang bersama pelakon Paskal iaitu Hairul Azreen Idris pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Hanis kemudiannya menceburi bidang perniagaan dan menjadi seorang usahawan produk kecantikan bersama suaminya. Melengkapi kehidupan mereka sekeluarga ialah kucing peliharaan iaitu Bujibu Chempel.

Kehidupan mereka sekeluarga sememangnya sentiasa menjadi perhatian para peminat. Ini terbukti melalui bilangan pengikut Hanis Zalikha seramai 5.5 juta, Hairul Azreen 4.5 juta, Yusuf Iskandar 2.7 juta dan Alisa yang baru beberapa bulan dilahirkan sudah mempunyai 882K ribu pengikut. Kucing kesayangan mereka iaitu Bujibu Chempel tidak kurang juga hebatnya kerana   mempunyai 1.4 juta pengikut di Instagram.

View this post on Instagram

Before bedtime 🐥🐥🐥

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Menjadi seorang ibu muda yang sangat kreatif dalam mendidik anak, Hanis dilihat sebagai ikon ibu bekerjaya kerana berjaya mendidik dan membentuk keperibadian anaknya Yusuf dari segi pelajaran dan juga sikap. Beliau memuatnaik video terkini dilaman instagramnya menunjukkan suaminya Hairul Azreen mendukung seorang demi seorang anak mereka termasuk lah kucing peliharaan mereka sebelum waktu tidur.

Suasana penuh kasih sayang itu dikagumi oleh para netizen. Namun apa yang mencuit hati ialah selepas mendukung kedua-dua anak kesayangannya, Hairul mendukung pula kucingnya Bujibu Chempel. Dengan lagak muka Bujibu yang sombong itu, muka Hairul nampak seakan mengerang ketika mengangkat Bujibu. Nampak macam berat betul Bujibu ni ya. Hahahaha netizen pun apa lagi, terus membahan Bujibu.

“Jibu berat sangat tu haha” – Netizen

“Mcm berat je angkat bujibu ” – Netizen

“Haha jibu gem0k pendek” – Netizen

Keakraban yang ditunjukkan oleh keluarga ini sememangnya menjadi inspirasi buat semua diluar sana. Diharapkan para peminat dapat mengambil nilai-nilai positif yang ditunjukkan oleh keluarga ini untuk di aplikasikan dalam kehidupan kita semua nanti. InsyaAllah.

Sumber : Instagram haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.