Hiburan

“Aishah jadi kanak-kanak sebenar je sayang, jgn terlalu matang dari umur”- Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali Aaisyah Dhia Rana, anak perempuan Rozita Che Wan atau Che Ta. Cantik dan comel persis ibunya. Sudah pasti gelagat Aaisyah sentiasa menjadi tumpuan netizen lebih-lebih lagi anak kecil ini dah mula pandai bergaya sama seperti Che Ta. Orang kata ‘Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’ kan..

Baru-baru ini, instagram Aaisyah telah dipenuhi dengan beberapa foto dan video gelagat Aaisyah yang comel itu. Kecil-kecil dah pandai tiru gaya ibunya tau..

Salah sebuah video yang dikongsi menerusi instagram Aaisyah telah membuatkan ramai peminat-peminatnya terhibur dengan gaya catwalk dan vogue Aaisyah. Siapa sangka, Aaisyah pun dah pandai bersolek walaupun usianya baru menjangkau lima tahun.

View this post on Instagram

Hello 😂

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Rata-rata netizen memuji wajah comel Aaisyah dan mereka kelihatan teruja dengan perkembangan Aaisyah yang semakin membesar dengan sihat.

Video Aaisyah juga telah ditonton sehingga 137,000 tontonan dan ia telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun, ada juga netizen berpendapat bahawa seeloknya wajah comel Aaisyah kelihatan semulajadi dan tidak bersolek pada usianya memandangkan Aaisyah baru berusia lima tahun.

Netizen juga berpesan, Aaisyah lebih sesuai untuk tidak terlalu matang dari umur sebenarnya.

“Kecik-kecik dah pandai makeup tapi kalau boleh kurangkan lah sebab tak semua alat make up tu okay takut ada chemical, btw comel sangat”- Netizen

“Aisyah tak makeup pun dah comel dan cantik lah kulit pun putih merah gebu. Nak makeup tunggulah besar sikit tau”- Netizen

Dalam pada itu, akaun Instagram Aaisyah telah mempunyai seramai 1.5 juta pengikut. Aaisyah telah menjadi tumpuan netizen sejak dari bayi sehingga kini yang sudah berusia lima tahun.

Comel je tengok telatah si Aaisyah ni. Suka bergaya sama macam ibu dia. Besar nanti dah boleh ganti Che Ta dah ni hehe..

Sumber: Instagram Aaisyahdhiarana111

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *