Umum

“Ad0i tak boleh fokus cara masak, kira nak gelak je” – Netizen

Bukan senang untuk membuat orang ketawa. Melakukan aksi atau gaya lawak pada zaman sekarang bukan sahaja perkara yang biasa. Ada juga artis-artis terkenal yang menjadikan bakat melawak itu sebagai satu punca rezeki mereka. Melawak ini tidak tertakluk kepada satu perkara sahaja. Ianya meluas sehingga menyentuh tentang kehidupan, dalam bersukan, dalam memasak dan sebagainya juga boleh dijadikan sebagai bahan lawak.

Seperti kita kenali, Zahid bin Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Ropie Cecupak yang sedang meningkat naik namanya. Beliau yang berusia 53 tahun itu berjaya menarik perhatian peminat apabila beliau mula memegang watak Pak Kodi dalam sitkom kelakar, Kampung Kalut (JKKK).

Apabila sudah berbakat lawak, buat apa pun orang yang melihat pasti akan ketawa. Baru-baru ini beliau berkongsi beliau memasak dan mempromosikan sebuah produk masakan.

View this post on Instagram

Tengok mcm sy" Ropie a.k .a Adrian Mikhail go " x main rembat pun , janji jd Dan sedap giler !!!Btuiiii Lao x caye #cepatbeli Btw Jutaan terima kasih kepada Rempah Kak Jun yang menghasilkan Product masakan yg sedap Dan TERBAIK , TERBAIK TERBAIK ! … Utk segala tempahan anda blh terus layari Di Singapore🇸🇬, nak order boleh ke website💻 balqisgourmet.com atau DM @balqisgourmet Di Semenanjung Malaysia🇲🇾, boleh dapatkan di Pemborong Minyak Lesong Shah Alam, Sec 13 78, Jalan Rugbi 13/30, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor 📞012-318 2994 – call dan boleh dihantar ke seluruh Malaysia …. Produser / Director : @suhaimiyusof_official Production; @ideafact3_pte_ltd @suhaimiyusof_official @makcikkeropok @ropie_sryn_#rempahkakjun #meat #meatlover #suhaimiyusoff #easyrecipes #malaysiafood #malaysiafoodie #malaysiafoodporn #singapore #malaysia #artismalaysia #comedianartis #pelawaktanahair #ropie #ropie_sryn #pakkodie #makanmakan #foodlover #foodporn #foodpics #foodie #foodgasm #sedapxterkata #sekalicubapastinaklagi #instafood #youtubechannel #youtube #youtubeviral #viralmalaysia

A post shared by Mr Kodi & Mrs S'ryn (Original) (@ropie_sryn_) on

Dilihat dalam video berkenaan, Ropie cuba memasak lauk rendang ayam dan asam pedas ikan sekaligus menggunakan rempah produk makanan tersebut. Apa yang menghiburkan penonton adalah gaya beliau memasak yang sangat spontan dan kelakar.

Netizen sangat terhibur dengan gaya dan aksi lawak Ropie dalam video tersebut. Ada yang mengatakan Ropie patut mempunyai rancangan memasaknya sendiri. Ada juga yang terhibur apabila Ropie memanggil sayur-sayuran yang digunakan untuk dimasukkan ke dalam lauk itu “rumput” dan “paya bakau”.

Selain itu, ada juga yang mengatakan mereka tidak fokus melihat cara memasak Ropie tapi sebaliknya mereka lebih fokus pada lawak beliau.

Melawak adalah satu bakat dimana bukan semua orang ada. Kadang kala aksi spontan dari seorang pelawaklah yang akan diingati oleh peminat-peminatnya. Dalam pada itu, Ropie dalam menjayakan sebuah filem bergenre komedi romantik yang berjudul “Kenderaan Berat Ikut Kiri”. Artis lain seperti Sweet Qismina dan Syafiq Naswip juga membantu menjayakan filem tersebut.

sumber : ig ropie_sryn_

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *