Hiburan

Aamir Khan sedekahkan RM860 dalam 1kg tepung kpd orang miskin yg memerlukan

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Bollywood Aamir Khan? Para peminat filem-filem Bollywood pastinya akan mengenali figura hebat ini. Ketika zaman kegemilangan kerjayanya memuncak, Amir Khan sering dibandingkan bersama dua orang lagi rakan baiknya dalam industri iaitu Shah Rukh Khan dan juga Salman Khan. Filem- filem lakonan mereka juga bersaing bagi merebut gelaran filem pecah panggung di India. Salah satu filem yang cukup ikonik buat Amir Khan pastinya filem Mann yang menggunakan runut bunyi dari salah satu lagu penyanyi berasal daripada Malaysia.

Menyingkap latar belakang diri Amir Khan, beliau sebenarnya berasal daripada keluarga penggiat seni. Ibu bapa Amir Khan merupakan penerbit filem-filem hindi dan kebanyakkan ahli keluarganya juga sememangnya bergiat aktif dalam industri perfileman di India.

Amir Khan juga sudah berjinak-jinak melibatkan diri di belakang tabir dengan menerbitkan filem pertama beliau iaitu filem Lagaan. Filem tersebut berjaya merangkul anugerah Filmfare untuk kategori pengarah terbaik.

Sepanjang kerjayanya, pelbagai anugerah telah beliau perolehi. Kerjaya Amir Khan juga diiktiraf dan diberikan penghormatan oleh kerajaan India. Dengan kejayaan dan populariti yang diraihnya, Amir Khan berjaya menempatkan diri menjadi diantara pelakon yang paling berpengaruh di India.

Dunia kini sedang menghadapi ancaman w4bak C0v1d19 dan negara India juga tidak terkecuali. Sebagai selebriti terkenal di negaranya, Amir Khan tidak melepaskan peluang untuk memberikan sumbangan buat keluarga yang terkesan dengan wabak tersebut. Walaubagaimanapun, sumbangan yang diberikan oleh Amir Khan di salurkan dengan cara yang cukup unik.

Menerusi berita yang disiarkan melalui laman web I Love North East India, pelakon tersebut mendermakan 1 kilogram tepung kepada setiap keluarga yang memerlukan. Amir Khan dilaporkan membawa trak yang penuh berisi beberapa bungkusan tepung kepada penduduk tempatan dan mengumumkan untuk membuat agihan tepung sebanyak 1 kilogram tepung sahaja. Bagi keluarga yang teruja dengan berita itu, mereka berpusu- pusu keluar untuk menerima bantuan dan ada sebahagian yang mengendahkan nilai 1kg tepung tersebut.

Menariknya setelah bungkusan tepung itu dibuka, mereka menjumpai wang bernilai 15000 Rupees iaitu bersamaan dengan RM860 bagi tukaran wang Malaysia. Ternyata dengan cara itu, bantuan sampai kepada orang yang betul.

Para netizen memuji cara Amir Khan menyerahkan bantuan itu. Idea Amir sangat bijak kerana cara tersebut mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini dan amat luar biasa ianya berjaya dilaksanakan.

Jika sebelum ini kebanyakkan watak yg beliau bawa dalam filem adalah sebagai hero dan penyelamat, kali ini bukan sahaja setakat dalam filem tetapi beliau benar-benar mempunyai ciri-ciri her0 di alam nyata. Syabas Amir Khan.

Sumber : Fb I Love North East India

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.