Hiburan

“Aaisyah nk pakai tudung pergi sekolah tapi malu”

Anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana ini sememangnya sudah dikenali ramai semenjak dari kecil lagi. Kelahiran Aaisyah yang mendapat liputan meluas membuatkan dirinya lantas bergelar selebriti cilik. Mewarisi kejelitaan ibundanya, kecomelan wajah Aaisyah menjadi bualan ramai. Aaisyah juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan aktiviti sehariannya sering menjadi tumpuan sehingga kini meraih sehingga 1.5k juta pengikut di Instagram peribadi.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pas4ngan selebriti dan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun kian membesar dan menginjak usia 5 tahun. Aaisyah yang sudah memasuki alam persekolahan sangat petah bercakap. Kadang kala Aaisyah bertutur dalam loghat Kedah kerana terikut-ikut dengan gaya ibunya bercakap. Aaisyah juga dilihat mengikuti jejak langkah ibunya Rozita Che Wan yang gemar bergaya. Di sebabkan itu lah telatahnya sering mencuri tumpuan netizen.

Rozita Che Wan sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan yang terdahulu. Mempunyai seorang anak perempuan menjadi impian beliau dan impian tersebut sudahpun menjadi kenyataan dengan kelahiran Aaisyah. Tidak kekok dalam mendidik puteri kesayangannya, Aaisyah di jaga dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya.

Baru-baru ini Rozita telahpun memuatnaik video perbualan dirinya dan Aaisyah ke laman Instagram milik puterinya. Perbualan ibu dan anak yang dirakamkan sebelum Aaisyah tidur itu sudah menjadi kebiasaan untuk Rozita rakamkan dan memuatnaik bagi tatapan para peminat Aaisyah. Perbualan harian biasa itu berkisarkan mengenai hasrat Aaisyah yang ingin mewarnakan rambutnya kepada warna merah jambu dan meminta pendapat ibunya.

Rozita mencadangkan agar Aaisyah memakai rambut palsu sahaja. Namun Aaisyah tidak berpuas hati kerana memakai rambut palsu tidak dibenarkan ke sekolah. Lalu Rozita menyatakan sekiranya Aaisyah memakai tudung maka rambut palsu itu sudah tidak kelihatan. Aaisyah pula ragu-ragu memakai tudung kerana berasa malu. Terkejut dengan kata-kata anaknya Rozita terus menasihati Aaisyah.

“Kenapa pulak malu pakai tudung, tak pakai tudung lagi malu tau” – Rozita

Bagus Rozita kerana menegur dan mengajar anaknya supaya memakai tudung. Aaisyah masih kecil dan mungkin tidak memahami kewajiban untuk memakai tudung. Namun teguran Rozita tersebut haruslah dipuji kerana berusaha mendidik anaknya sejak dari kecil lagi. Netizen terhibur dengan telatah ibu dan anak itu.

Aisyah pegi sekolah pakai tudung – Netizen

Klu kita k1ss pipi Ecah mesti rasa sejuk kn..geram dgr n suara lmbut je – Netizen

Comey mcm mama nie… – Netizen

Video telatah Aaisyah itu sehingga kini telahpun mendapat sekitar 10,225 views. Rata-rata netizen amat suka melihat kecomelan wajah Aaisyah dan gaya Aaisyah bertutur yang sangat lembut dan manja. Tidak hairan lah Aaisyah sering tercalon dalam anugerah Si Cilik Meletop setiap tahun kan.    

Sumber : Instagram aaisyahdhiarana111

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.