Cahaya mata adalah anugerah terindah buat pas4ngan suami isteri. Bagi Datuk Siti Nurhaliza, kehadiran cahaya mata perempuan iaitu Siti Aafiyah banyak memberi sinar bahagia dalam hidupnya selepas bergelar seorang ibu. Saban hari berlalu, Aafiyah yang dahulunya kecil mulus kini sudah menginjak usia dua tahun pada hari ini. Malah, Aafiyah juga semakin bijak dan aktif.
Siapa sangka, Aafiyah yang baru sahaja genap usia dua tahun ini sudah mempunyai peminat-peminatnya sendiri. Aafiyah sering menjadi perhatian tidak kira di mana jua anak comel ini berada. Setiap kali Datuk Siti Nurhaliza atau mesra dikenali sebagai Tokti ini memuatnaik video Aafiyah di Instagram, sudah pasti ramai peminat-peminatnya memberi pelbagai reaksi terhadap perkembangan Aafiyah.
Selain Tokti yang mempunyai hubungan rapat dengan Aafiyah, pengurus Tokti iaitu Rozi Abdul Razak juga rapat dengan Aafiyah sejak kecil sehingga kini yang sudah petah bercakap.
Memandangkan hari ini adalah ulangtahun kelahiran Aafiyah yang kedua, Rozi sempat titip ucapan buat Aafiyah sehingga mengundang sebak kepada netizen.
Bukan itu sahaja, Rozi sendiri berkongsi kenangan berharga sebelum lahirnya Aafiyah. Kehadiran Aafiyah telah mengingatkan kembali kenangan Rozi dan rakannya, Siti Fairuz yang sanggup mendapatkan ABC buat Tokti yang ketika itu mengandungkan Aafiyah.
Demi tidak menghampakan Tokti, Rozi dan rakannya sanggup berusaha mencari makanan buat Tokti ketika Tokti sarat mengandungkan Aafiyah.
Perkongsian cerita oleh Rozi ternyata menyentuh emosi netizen yang telah membacanya.
“Sebak pulak baca, dah dua tahun dah”- Netizen
“Terharu baca hm”- Netizen
Rata-rata netizen mengucapkan ucapan ulangtahun kelahiran dan titip doa buat Aafiyah.
Makin comel tengok Aafiyah sekarang. Dah besar dah, lepas ni dah boleh praktis jadi kakak yang baik untuk adik baru hehe..
Sumber: Instagram rozisangdewi
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.