Umum

“Cantiknya walaupun tengah bf pump”- Netizen

Menjadi seorang ibu bukanlah perkara yang mudah. Seorang ibu itu sanggup melakukan apa sahaja janji anak-anak mereka mendapat keperluan yang sepatutnya. Terutama sekali ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak, merekalah yang ibu-ibu yang melalui fasa yang paling penat dalam hidup mereka. Ini kerana merekalah yang akan selalu berjaga malam memberi susu badan mereka kepada anak mereka dan itu belum dikira sekali penat ketika berpantang. Sungguh hebat jasa seorang ibu itu.

Apabila sudah menjadi seorang ibu, wanita-wanita ini sering tidak dapat menumpukan pada kecantikan diri lagi kerana lebih tertumpu pada memenuhi keperluan anak mereka. Itulah seseorang ibu itu terpaksa korbankan iaitu kecantikan diri. Antara artis yang baru sahaja bergelar ibu adalah Izara Aisyah yang telah melahirkan anak perempuan baru-baru ini.

Seperti ibu-ibu lain, Izara Aisyah juga mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya dan baru-baru ini beliau telah berkongsi momen yang ditangkap oleh suamonya sendiri, Adib Khalid yang menunjukkan Izara Aisyah sedang mengepam susu badannya sendiri untuk keperluan bayi mereka.

View this post on Instagram

📸 my husband.

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Dilihat dalam gambar kongsian Izara itu, ketika anaknya sedang tidur beliau sibuk mengepam susunya untuk diberikan kepada anaknya kelak. Beliau yang memakai baju tidur sambil memegang mesin pam beliau tetap kelihatan jelita seperti anak dara.

Netizen semua sangat memuji akan kecantikan Izara Aisyah yang masih kelihatan cantik walaupun sedang mengepam susu. Izara juga sempat berseloroh pada komen tersebut dengan mengatakan beliau masih keliru dengan ayat yang telah dipendekkan iaitu BF ( bre4stfeeding) dengan BF(b0yfriend).

Bak kata sesetengah wanita diluar sana, “nak cantik, modal kena ada”. Namun, boleh sahaja kita cantik tanpa memerluukan modal yang tinggi. Kita harus menjaga pemakanan kita dan selalu minum air dengan banyak. Ia tidak perlu modal seperti yang diperkatakan oleh segelintir masyarakat.

sumber : ig izaraaisyahofficial

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan