Hiburan

“Happy birthday to you Love”, Ucapan sweet Hael buat Dayang

Desas desus hubungan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sering diperkatakan orang ramai. Mereka berdua kelihatan sangat rapat dan serasi bersama selepas menyanyikan beberapa lagu secara duet. Keserasian suara dan nyanyian antara mereka menyebabkan hubungan yang mula terjalin di atas pentas itu semakin rapat hari demi hari. Melalui media sosial juga mereka kelihatan kerap memuatnaik gambar satu sama lain.

Terdahulu pasaangan ini pernah beberapa kali menyertai Anugerah Juara Lagu dan juga menjadi artis jemputan untuk mengadakan persembahan secara duet.

Dayang Nurfaizah mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam industri muzik kerana memulakan kerjaya sejak berusia 18 tahun lagi setelah memenangi pertandingan nyanyian Golden Teen Search pada tahun 1997.

Bersempena hari lahir Dayang Nurfaizah pada 20 Julai, Hael telahpun memuatnaik sekeping gambar Dayang dengan caption yang berupa beberapa huruf. Walaubagaimanapun, dipercayai beberapa huruf awal pada caption tersebut mungkin membawa maksud Happy Birthday to You Love.

View this post on Instagram

HBTYLMNOPQRSTUVWXYZ

A post shared by HH (@haelhusaini) on

Rata-rata netizen juga turut berteka teki mengenai caption yang ditulis oleh Hael di instagramnya itu. Namun para pengikut Hael juga turut bersetuju bahawa caption yang ditulis oleh Hael itu pasti membawa makna yang cukup istimewa buat Dayang.

Dayang juga sudah kelihatan sangat selesa dan rapat dengan anak angkat Hael iaitu Helena. Dah sesuai sangat dah nampaknya mereka berdua ini. Mudah-mudahan hubungan yang terjalin ini akan ke peringkat seterusnya.

Sumber: Instagram haelhusaini

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.