Hiburan

“Suka tengok dua besan ni berpel0kan” – Netizen

Pasngan pelakon Fazura dan Fattah Amin merupakan psangan selebriti yang sangat popular di Malaysia. Pasngan sama cantik sama padan ini bertemu jodoh setelah berlakon bersama di dalam sebuah drama arahan Michael Ang iaitu Hero Seorang Cinderella. Selain daripada berlakon, nama Fazura sangat sinonim dengan beberapa iklan komersial dan sering menjadi jurucakap beberapa jenama terkenal seperti Pantene, Nutox dan juga Lux.

Setelah 2 tahun mendirikan rumahtangga, pada 17 April yang lalu beliau telah membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata pertama dan sedang mengandung 4 bulan. Beliau melahirkan rasa penuh kesyukuran dengan rezeki itu dan kini telah mengurangkan aktiviti seninya buat sementara waktu demi memberikan tumpuan terhadap kehamilan tersebut.

Baru-baru ini Fazura telah membuat majlis ringkas bagi menyambut hari jadi ibu kesayangannya itu. Beberapa ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak Fazura dan Fattah turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis hari jadi tersebut.

Menerusi laman instagram Fazura, beliau memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan suasana dimajlis sambutan hari jadi ibundanya itu. Ibu Fazura kelihatan masih muda dan ramai yang tidak menyangka bahawa ibu Fazura itu sebenarnya sudahpun mencecah usia 60 tahun. Menariknya ibu Fattah kelihatan memeluk erat besannya dan kelihatan begitu ikhlas meraikan majlis istimewa buat besannya itu.

View this post on Instagram

Happiest birthday to my Mama bonda ratu hati ku! You are so incredibly and deeply loved by us all and everyone surround you including all the cats, birds and any kind of animals you tend you naturally nurture. Your generous, caring and loving heart is constantly admired. Here’s to happy returns for many many more years to come InsyaAllah..Aminnn! 🀲🏻 I am forever blessed to be your daughter. Love you love you love you! πŸ€—πŸ’–πŸ’πŸŽ‰πŸŽˆWe absolutely enjoyed the delicious foods I managed to order at the very last minute since Mama’s still reluctant to go out there just yet. Many thanks to @_chefwan58 and @dewan.space , @dcengkih_ttdi , @secawantepung also to @balloon_bar and @delectablesu for Mama’s flower arrangements and birthday cake! They were amazing! Lots of LOVE! πŸ™πŸ»πŸ’–βœ¨ #mamanenekauntyFadhillah #mamatakdeinstagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen kerana merasa terharu dengan hubungan baik yang ditunjukkan diantara kedua-dua buah keluarga.

Rata-rata netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan selamat hari lahir buat ibu fazura itu.

Seronok melihat hubungan kekeluargaan yang erat antara kedua-dua buah keluarga ini. Nampak mereka berdua sangat mesra dan begitu rapat antara satu sama lain.

Sumber: Instagram missfazura

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.