Anak adalah anugerah terindah buat semua ibu bapa, penyeri rumahtangga. Seperti mana artis popular Rita Rudaini menjadikan anak anak sebagai penguat untuk dirinya selepas bercrai. Rita Rudaini juga sebelum ini telah berkahwin dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan yang kini bermain untuk pasukan JDT dan kemudian telah di sahkan bercrai.
Hari ini anak sulung Rita Rudaini Rayyan menyambut hari lahirnya yang ke 11 tahun bersama keluarga terdekat. Sambutan secara sederhana di rumah Rita. Luahan hati Rita di instagramnya terhadap anak sulungnya telah membuatkan ramai sebak.
Ibu mana yang boleh kuat apabila melihat anak anak membesar tanpa kasih sayang ayah
Rita juga menceritakan pengalaman melahirkan buah hati pertamanya Rayyan. Menurut Rita kelahiran Rayyan sangat di tunggu oleh semua ahli keluarganya termasuklah bekas suaminya. Dia juga mengimbas kembali saat melahirkan Rayyan, walaupun dia mengidam saat terakhir ingin bersalin bekas suaminya masih tunaikan.
Rita juga merasa sedih dan tidak menyangka anak sulungnya ini di pilih sebagai ketua keluarga dan pelindung untuknya dan anaknya. Rata rata netizen juga turut sebak dan sangat memahami apa yang Rita lalui.
Netizen juga memberi komen positif, dan mendoakan agar Rita terus kuat. Selain itu ramai yang masih memberi ucapan untuk Rayyan. Antara komen netizen.
Nik_er22, Sebak nik baca sbb faham Sgt apa yg u alami u rasa… kebahagiaan keperitan kesusahan mcm2 ujian.. In sya Allah sinar pelangi indah ada depan sana utk Ryan rjuna dan mommy.. Ryan rjuna lambang kasih sayang abadi.
mania__iena, Selamat ulang tahun aik AIRIT RAYYAN RIZQIN, semoga menjadi anak yg soleh dan anak yg berjasa pada ibu dan keluarga mu, semoga Allah melimpahkan rezeki yg baik baik sahaja untuk kamu dan keluarga kamu.
Annurniaya, happy birthday Abg rayyan…kami ank yg kuat yg baik bertanggungjwb pd adk dan mommy…membesar dgn sihat ea ank soleh mommy.
Emasunbae, Sanah helwah Airit Rayyan Rizqin semoga dipanjangkan usia, membesar dgn sihat,dimurahkan rezeki, sentiasa dibawah lindungan serta Rahmat Allah, dan semoga kamu menjadi anak yg soleh penyejuk dimata penenang dihati.
Siszie_88, Besar harapan mak untuk anak sulung.. Happy birthday Rayyan, auntie doakan semoga Airit Rayyan Rizqin berjaya di dunia dan akhirat… Aminn
mkmuhira, Slmt hr lahir hndsome boy. Dari kecik ada je muka rayyan dlm majalah sure beli. Teringat dlm akhbar pun ada pic rayyan dengan pingat sukan sea. Semoga Rayyan menjadi insan cemerlang dan anak soleh.
Sebak pula bila baca luahan hati Rita, tiada siapa yang inginkan kegagalan di dalam rumahtangga kerana kesannya adalah kepada anak anak.
Walaubagaimana pun ramai yang kagum dengan semangat Rita membesarkan anak anak tanpa suami. Semoga Rayyan membesar menjadi anak yang baik soleh untuk Rita dan bekas suaminya dan Rayya berjaya dunia akhirat. Selamat hari lahir Rayyan yang ke 11 tahun.
Sumber : Ig Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.