Marissa Dania anak selebriti terkenal Norman Hakim dan Abby Abadi baru sahaja menyambut majlis ulang tahunnya yang ke 15 tahun. Memiliki raut wajah yang cantik seperti ibunya Abby Abadi, serta perwatakannya yang lemah lembut membuatkan Marissa sangat di kenali di laman sosial. Marissa bukan sahaja menumpang populariti ibu dan ayahnya dia juga mempunyai pengikut dan peminat tersendiri di instagram.
Sebelum ini, Norman Hakim dan Abby Abadi throwback kembali tentang kelahiran Marissa. Di khabarkan Marissa di lahirkan di dalam kereta. Menerusi instagram Abby Abadi juga, dia memuat naik gambar Marissa ketika baby dan meluahkan perasaan syukurnya kerana anak dara nya itu sudah mejangkau umur 15 tahun.
Abby Abadi juga memuat naik video sambutan hari lahir anaknya bersama sama keluarga dengan caption anaknya sudah pandai melawa.
Abby juga sempat bergurau yang anaknya Marissa pandai melawa seperti Che Ta. Agak agak siapa yang lebih cantik manis? Marissa atau Che Ta, dua dua mempunyai tarikan tersendiri.
Marissa memakai gaun di majlis hari lahirnya, membuatkan dia nampak seperti seorang puteri. Kagum dengan cara didikan yang di berikan Norman Hakim dan Abby Abadi kepada anak anaknya. Hubungan yang baik antara Norman Hakim dengan bekas isteri Abby Abadi juga turut membuatkan ramai memuji sikap profesional mereka.
Ramai yang memuji kecantikan anak dara mereka Marissa tidak heran lah jika selepas ini Marissa akan menjadi antara insta famous paling ramai pengikut di instagram
Selamat hari lahir Marissa semoga menjadi anak yang baik dan wanita yang berjaya dunia akhirat.
Sumber : Ig Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.