Hiburan

Dr Halina hamil anak kembar lagi, Dr Sheikh Muszaphar teruja rela hati “membesar” bersama isteri

Sebut sahaja pasal Angkasawan Pertama Malaysia, mesti semua sudah terbayangkan figura hebat Dr Sheikh Muzaphar atau nama sebenar beliau Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. Dr Sheikh Muzaphar dikenali di Malaysia bukan sahaja sebagai seorang angkasawan tetapi beliau juga merupakan seorang d0ktor bdah ort0pedik, penceramah bebas, usahawan dan juga model sambilan.

Dr Sheikh Muzaphar telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Halina Mohd Yunos dan kini dikurniakan empat orang cahaya mata. 2 orang perempuan manakala 2 orang lagi ialah psangan kembar lelaki iaitu Noah dan Adam.

Psangan serasi ini sudah mendirikan rumahtangga hampir 10 tahun. Profession mereka sebagai dktor juga membuatkan para netizen sentiasa menjadikan psangan ini sebagai rujukan.

Menerusi Instagram Dr. Sheikh, beliau telah mengumumkan Dr. Halina kini sedang hamil 13 minggu anak kembar. Beliau memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dikurniakan anak kembar buat kali kedua.

View this post on Instagram

Pic – Expecting Twins again … Alhamdulillah – Syukur teramat . Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins . I’m just thrilled , speechless and over the moon … It’s like DejaVu all over again . We have always wanted a big family . But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before . Double Nauseous Double Vomiting Double Bloating Double Craving Double Bleeding – which she did It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect . The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal – Haha Salam Everyone Love As Always Just sharing the good news PS – Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me . 😘

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Dr. Sheikh berkata beliau sentiasa inginkan keluarga yang besar walaubagaimanapun beliau juga sangat risaukan kesihatan Dr. Halina kerana menyedari kehamilan kembar adalah sangat berisiko tinggi mengikut pengalaman Dr. Halina sebelum ini yang juga pernah melalui kehamilan psangan kembar lelaki.

Mengenangkan keadaan isteri beliau yang bakal berubah bentuk badan kerana mengandungkan anak kembar, beliau membuat perjanjian untuk menambah berat badan bagi melalui proses tersebut bersama Dr. Halina.

Perkongsian Dr Sheikh itu mendapat perhatian daripada para pengikut akaun instagram beliau. Rata-rata para pengikut Dr. Sheikh berdoa semoga Dr. Halina dikurniakan kesihatan yang baik dan kemudahan dalam apa jua urusan ketika melalui tempoh kehamilan ini.

Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen:

Tidak lama lagi, ahli keluarga Dr. Sheikh akan semakin bertambah la nampaknya. Beliau dan Dr. Halina sebelum ini sudah mempunyai sepasang kembar lelaki pastinya kali ini mengharapkan sekiranya mereka dikurniakan kembar perempuan pula. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan Dr. Halina.

Sumber: drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.