Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio Sinar iaitu Jep Sepahtu mengumumkan isterinya iaitu pelakon Sariyanti telah selamat melahirkan anak kedua mereka. Untuk kelahiran kedua ini, psangan ini dikurniakan seorang anak lelaki. Sudah semestinya Jep merupakan orang yang paling gembira kerana telah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan. Sariyanti pula telahpun mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya sebelum ini.
Terdahulu Sariyanti atau nama sebenar beliau Sari Yanti binti Dato’ Mohamad Nazari telah mendirikan rumahtangga bersama Jep Sepahtu atau nama sebenar beliau Mohd Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Dariya Inara pada April 2018.
Sariyanti mengakui pengalaman bersalin kali ini sangat bersejarah buat dirinya kerana ibu bapa dan keluarga tidak dapat hadir bersama di hspital ketika beliau dimasukkan ke w4d bersalin akibat krisis pandemic Covid19.
Menyingkap kembali dugaan disebalik rezeki yang tuhan kurniakan ini, sebelum ini Sariyanti mengalami keguguran kerana mengandung diluar rahim. Kandungan tersebut membesar di dalam tiub fall0pian lantas menyebabkan tiub fallopian beliau pecah dan terpaksa menjalani pembdahan membuang tiub fall0pian. Begitu besar kuasa tuhan, Sariyanti tidak menyangka walaupun hanya mempunyai satu tiub fall0pian, beliau kembali hamil.
Sariyanti yang baru saja menyambut kelahiran cahaya mata keempat pada 6 Jun yang lalu, menceritakan pengalaman yang beliau lalui ketika melalui detik bersalin menerusi instagramnya. Kali ini, beliau diuji kerana melalui proses kelahiran yang agak sukar. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih buat para jururawat yang sudi membantu ketika beliau berada di dalam bilik bersalin.
Menurut Sariyanti lagi, suaminya Jep Sepahtu kelihatan sangat gusar semasa sedang menunggu kerana pada awalnya beliau agak yakin berhadapan proses kelahiran kerana mempunyai beberapa pengalaman. Namun ternyata sangkaan beliau meleset kerana walaupun telah melalui beberapa kali proses kelahiran namun setiap proses kelahiran itu realitinya sangat berbeza.
Terharu dengan pengorbanan seorang ibu yang sanggup bertarung nyawa demi anak kesayangan, rata-rata para pengikut beliau mengucapkan tahniah diatas kelahiran bayi tersebut. Para peminat juga turut mengucapkan selamat berpantang buat Sariyanti.
Sudah beberapa minggu kita menerima khabar gembira daripada para selebriti dan artis yang bertuah kerana dikurniakan rezeki zuriat dan juga kehamilan. Buat psangan yang masih menantikan rezeki zuriat, mudah-mudahan mereka juga dikurniakan zuriat pula suatu hari nanti. Amin.
Sumber: sariyanti
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.