Beberapa hari ini kita sering mendapat perkhabaran berita gembira mengenai kelahiran anak-anak artis. Hari ini pula pelakon drama K0rban Kasih yang terkenal menerusi watak Jalil iaitu Saharul Ridzwan atau nama sebenar beliau Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim mengumumkan isterinya telahpun selamat melahirkan anak kedua mereka. Pengumuman itu dibuat menerusi akaun instagramnya sebentar tadi.
Terdahulu Saharul Ridzwan dan psangannya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.
Untuk kelahiran kedua ini, psangan ini dikurniakan seorang anak perempuan. Kini lengkap sudah buat psangan ini memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan. Saharul walaubagaimanapun masih belum berkongsi nama anak beliau itu kepada umum.
Berkongsi sekeping gambar yang memaparkan dirinya sedang melihat anak, Saharul meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan cahaya mata kedua. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan isterinya.
Melalui entri itu juga, Saharul memohon doa daripada semua para pengikut beliau supaya isterinya cepat sembuh daripada emergency LLCS. Akui beliau lagi dirinya merasa sangat teruja dan gembira dengan kelahiran tersebut.
Instagram Saharul dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan juga daripada para peminat beliau. Mereka semua turut mendoakan anak Saharul supaya membesar menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanya.
Walaupun Saharul masih belum berkongsi wajah penuh anaknya, namun pastinya wajah anak perempuannya itu secantik ibu dan juga sekacak ayahnya. Tahniah Saharul kerana bertuah kini telah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan. Mudah-mudahan anaknya membesar menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati kedua orang tuanya apabila dewasa kelak. Amin.
Sumber : Instagram saharulridzwan
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.