Hiburan

“Jgn buat andaian sendiri ye” – Nadzmi Adhwa dedah maksud sebenar nama anak

Pada hari jumaat minggu lepas pelakon Nadzmi Adhwa telahpun berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya matanya yang sulung menerusi Instagram beliau. Menurut Nadzmi, isterinya Ardell Aryana terpaksa menahan kes4kitan dan bertarung nyawa selama hampir 16 jam sebelum bersalin secara normal. Nadzmi berkata, dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan keselamatan isteri dan bayi mereka.

Terdahulu psangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 1 September 2019 dan membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata sekitar Disember tahun lalu. Walaubagaimanapun, psangan itu masih belum mendedahkan lagi jantina dan wajah bayi mereka

Memilih untuk merahsiakan jantina anaknya, Nadzmi berkata dia hanya sedia berkongsi mengenai perkara itu selepas tujuh hari kelahiran termasuk pengumuman nama anak. Mesti ramai peminat yang ternanti dan sudah tidak sabar untuk mengetahui jantina dan nama anak psangan ini.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini telahpun genap setelah 7 hari anaknya dilahirkan pada hari jumaat minggu lalu. Melalui perkongsian terkini di Instagram, Nadzmi akhirnya telahpun memuatnaik video pendek memaparkan wajah anaknya yang diambil selepas lahir dan selesai di iqamatkan olehnya.

Nadzmi dan Ardell telah dikurniakan anak perempuan dan diberi nama Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa. Menurut Nadzmi nama Arwa di ambil daripada nama Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan yang merupakan seorang serikandi islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.

Malaika Urwa pula ialah seorang wanita islam yang hebat, dakwah melalui caranya dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11.

Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet dan juga para pengikut mereka. Para peminat dan pengikut akaun Instagram beliau memuji wajah anaknya yang putih melepak. Memang comel puteri sulung Nadzmi dan Ardell ni seindah namanya.

Ruangan komen Instagram Nadzmi juga dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga para peminat. Ramai yang memuji nama buah hati Nadzmi ini serta mendoakan supaya anak ini akan menjadi seorang anak yang solehah dan berbakti kepada ibu bapanya nanti.

Tahniah diucapkan buat psangan ini. Pastinya mereka berdua kini sedang melalui pengalaman baru dalam membesarkan anak. Selamat berpantang diucapkan buat Ardell dan mudah-mudahan diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Sumber : Instagram nadzmiadhwa

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.