Susulan pengumuman kerajaan mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kebenaran untuk merentas negeri membuatkan rakyat merasa cukup gembira dan sudah tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan keluarga dan sanak saudara di kampung. Dengan syawal yang masih lagi berbaki orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan bagi menyambut hari raya bersama keluarga.
Buat pelakon Faezah Elai nyata berita tersebut seperti suatu rahmat buat beliau. Faezah atau nama sebenar beliau Noor Faezah Md Elai ialah seorang pelakon dan model wanita tanah air yang berasal dari Pulau Pinang.
Anak kelahiran pulau pinang ini sering meluahkan perasaan mengenai hasrat beliau untuk pulang ke kampung untuk menyambut perayaan aidilfitri semenjak tempoh PKBB yang lalu kerana terlalu rindukan kampung halaman.
Sebelum ini sebuah video mencuit hati yang menunjukkan mereka sekeluarga kehampaan kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman tular kerana gelagat dan aksi mereka keluarga yang sangat kelakar.
Dengan pengumuman terkini kerajaan yang memberikan kelonggaran untuk merentas negeri, akhirnya hasrat tersebut tercapai. Rentetan video mereka sekeluarga yang tidak dapat balik beraya baru-baru ini, malam tadi beliau telah berkongsi di Instagram beliau video terkini reaksi teruja mereka sekeluarga untuk pulang ke kampung halaman.
Faezah cukup bertuah kerana memiliki ahli keluarga yang cukup sporting dan βgila-gilaβ. Gelagat mereka sekeluarga yang sangat hebat berlakon menyebabkan para pengikut Instagram beliau tidak kering gusi dan terhibur dengan aksi lucu mereka anak beranak.
Perkongsian video Faezah itu mendapat perhatian daripada para pengikut akaun instagram beliau. Rata-rata netizen sudah menantikan video tersebut kerana mengikuti video yang memaparkan luahan rasa kecewa mereka sekeluarga sebelum ini yang kesedihan kerana tidak dapat pulang ke kampung.
Walaupun begitu, dek kerana rasa teruja ketika merakamkan video berkenaan, Faezah mungkin terlepas pandang seorang anak perempuan beliau yang terlambat masuk ke dalam van. Perkara tersebut ditegur oleh pengikut beliau. Meskipun begitu rata- rata warganet yang lain tercuit hati dan terhibur dengan aksi mereka sekeluarga.
Reaksi yang dipaparkan oleh Faezah dan keluarga hanya sekadar suka-suka dan sekadar berlakon. Kami percaya sekiranya dalam keadaan sebenar Faezah tentu peka dengan situasi dan tidak terlepas pandang mengenai anak beliau.
Buat yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman sentiasa mematuhi SOP yang telah di berikan oleh kerajaan dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber : Instagram faezahelai
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.