Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias merupakan seorang penceramah bebas dan juga personaliti agama di Malaysia. Beliau sering mendapat jemputan ceramah di seluruh tanah air kerana pendekatan yang beliau gunakan terasa sangat santai dan juga penuh unsur komedi. Ceramah beliau juga popular di saluran y0utube dan mampu menarik minat ramai pendengar daripada pelbagai latar belakang masyarakat.
Dilahirkan pada 28 November 1972, Ustaz Kazim sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta keagamaan. Mempunyai beberapa rancangan berkonsepkan ceramah agama, beliau juga sering muncul di saluran Astro Oasis menerusi rancangan Manisnya Cinta DUKE dan juga Kalau Dah Jodoh.
Agama islam adalah agama yang adil dimana maksud adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam ajaran islam, kita diajar untuk tidak menilai seseorang itu daripada luaran sahaja. Setiap orang berhak untuk mendapat layanan yang sama rata daripada orang lain. Kita juga diajar untuk tidak memilih kasih atau berat sebelah.
Baru-baru ini Dato’ Kazim Elias telah berkongsi pengalaman beliau masuk ke sebuah kedai baju pakaian berjenama di sebuah pusat membeli belah. Memandangkan beliau mempunyai undangan ceramah di sebelah malam oleh itu beliau mengambil kesempatan untuk bersiar di sekitar pusat beli belah itu.
Mengakui dirinya tidak reti untuk berpakaian segak, oleh itu beliau hanya berpakaian mengikut keselesaan sahaja untuk sana. Namun beliau terkilan apabila pekerja di kedai pakaian berjenama itu tidak mengendahkan kehadiran beliau serta ada yang memberikan pandangan sinis.
Tidak lama kemudian datang seorang pekerja yang hanya memberikan layanan acuh tak acuh kepada beliau. Kata Ustaz Kazim lagi, pekerja itu memakai baju kot yang harganya boleh digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta.
Ustaz Kazim meluahkan kekecewaan itu menerusi faceb0oknya. Menurut beliau lagi, dirinya sempat memperkenalkan diri dengan mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan kepada pekerja tersebut halaman facebook miliknya.
Sy ni orang kampung.. pedalaman pulak. So mmg style biasa2 sj la..mana reti nak pakai segak2.. apa ada main sarung main…
Posted by Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias on Sunday, June 7, 2020
Perkongsian Ustaz Kazim itu menarik perhatian warganet. Ada juga beberapa netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dan merasa serik untuk masuk ke kedai pakaian yang berjenama.
Rata-rata warganet turut berpendapat bahawa luaran tidak melambangkan peribadi seseorang dan sikap sebegitu tidak sepatutnya berlaku.
Netizen juga mengesyorkan supaya para pekerja di kedai jualan harus belajar etika untuk melayani pelanggan dengan adil dan berbudi bahasa tanpa melihat kepada pakaian pelanggan semata-mata.
Sabarlah Ustaz ya. Begitulah keadaan sekiranya seorang manusia yang menilai seorang manusia yang lain. Penilaian sesama manusia itu sangat jauh bezanya dengan penilaian Allah buat hambaNya.
Sumber : Fb Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.