Setelah mengharungi pelbagai dugaan dalam kehidupan peribadi dan rumahtangga sebelum ini sehingga mendapat liputan yang sangat meluas, pelakon Norman Hakim akhirnya kini menjalani kehidupan yang penuh harmoni dan bahagia bersama isterinya Memey Suhaiza. Kisah lalu antara beliau dan Abby Abadi telah menjadi sejarah dan mereka berdua juga telah menjadi sahabat baik demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak.
Jatuh bangun beliau menempuhi liku dan dugaan dalam kehidupan beliau yang lalu itu sering kali beliau kongsikan bersama masyarakat supaya menjadi iktibar dan panduan bersama.
Ajaran Islam sangat menuntut umatnya untuk berbuat kebaikan sesama manusia apaatah lagi dalam hubungan suami dan isteri. Isteri adalah amanah daripada Allah buat sang suami. Oleh itu melayani isteri dengan adil dan penuh kelembutan adalah menjadi tanggungjawab seorang suami.
Berkongsi rutin harian mereka sebagai seorang usahawan, Norman memuatnaik sebuah video di Instagram beliau yang memaparkan penggambaran iklan yang dilakukan bersama isterinya Memey. Beliau dan isteri bersama-sama mengusahakan tudung rekaan syarikat mereka.
Semasa menggayakan tudung tersebut, Norman perhatikan solekan Memey kian pudar dan beliau mengambil tindakan untuk memperbaiki semula solekan isterinya itu. Memang prihatin sungguh sang suami terhadap penampilan isterinya ini.
Perkongsian Norman itu menjadi contoh betapa kasihnya seorang suami kepada isterinya kerana sering mengambil berat dan prihatin akan segala prihal mengenai isterinya. Kelihatan sentuhan kasih sayang ketika Norman memperbaiki solekan Memey.
Netizen memuji sikap Norman tersebut dan berpendapat mereka berdua sememangnya psangan suami isteri yg sangat ideal untuk menjadi contoh kepada psangan lain. Indahnya hidup apabila sang suami menyayangi isterinya dengan sepenuh hati.
Bimbinglah keluarga mengikut ajaran islam maka sudah pasti keluarga akan beroleh sakinah. Untuk menjadi seorang suami yang mithali, hendaklah kembali kepada agama dan menjalani kehidupan seperti yang disarankan oleh nabi.
Tidak rugi mengamalkan apa yang telah di sunnahkan oleh nabi, malahan mendapat pahala serta keberkatan kerana mengikuti sunnah dan amalan yang telah ditinggalkan oleh nabi.
Sumber : Instagram normanhakim_786
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.