Penyampai radio Suria FM iaitu Issey atau nama sebenar beliau Fazlisham Mat Hussin baru-baru ini menerima berita gembira mengenai pertukaran kerja isterinya ke Kuala Lumpur. Beliau yang baru sahaja mendirikan rumahtangga pada Disember tahun lalu menganggap perkara tersebut sebagai salah satu hikmah terbesar di sebalik pandemik yang melanda negara ketika ini.
Setelah bernikah beliau dan isteri yang lebih dikenali sebagai Aimi Jamel terpaksa bergilir-gilir untuk berjumpa kerana faktor lokasi tempat kerja yang berbeza. Namun apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mereka tidak lagi dapat berjumpa buat sementara waktu sehinggalah isterinya mendapat surat merentas negeri atas urusan kerja.
Meskipun gembira dengan berita pertukaran lokasi tempat kerja isteri namun hasrat untuk membawa bersama anak-anak terpaksa dilupakan buat sementara waktu kerana terbatas sepanjang musim PKP dilaksanakan.
Sebagai seorang ibu, semakin hari pastinya membuatkan rindu kepada anak-anak kian menebal. Sehinggakan Issey pernah memuatnaik video isterinya itu menangis kerana terlalu rindukan anak-anaknya yang berada di kampung.
Susulan pengumuman terkini kerajaan yang memberikan kelonggaran buat orang ramai merentas negeri bagi menyelesaikan urusan penting, Issey dan Aimi mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan anak-anak.
Detik pertemuan tersebut dikongsikan oleh Issey melalui akaun Instagram beliau. Terasa sayu dan sebak melihat kasih sayang seorang ibu buat anak-anaknya. Anak-anak datang memeluk erat ibu mereka daripada belakang sudah pasti terubat kerinduan Aimi kepada anak-anaknya.
Perkongsian tersebut mengundang sebak dalam kalangan para pengikut Instagram Issey. Rata-rata netizen juga memahami perasaan seorang ibu yang sudah terlalu lama terpaksa menanggung rindu kepada anak. Aksi berpeluukan antara ibu dan anak itu juga sangat meruntun perasaan.
Ibu manalah yang tak sayangkan anak. Benarlah kata pep4tah kasih sayang seorang ibu itu hingga kesyurga. Mudah-mudahan urusan Issey dan keluarga dipermudahkan untuk membawa anak-anak tinggal bersama pula selepas ini.
Sumber : Instagram isseyfazlisham
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.