Hiburan

“Kalau sy kawin dgn anak Dato, dapat rasa kekayaan dato tak” – Netizen

Menyingkap kisah kejayaan usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri dalam bidang perniagaan, beliau memulakan perniagaan daripada bawah dan penuh susah payah dengan mula menjual pr0duk k0smetik jenama Dherbs di pasar malam. Bukan itu sahaja malahan Datuk Aliff juga sebelum ini pernah diisytiharkan bankrupt sebanyak enam kali. Beliau mengakui bukan mudah untuk beliau bertapak dalam dunia perniagaan.

Bermacam onak duri yang terpaksa ditempuhi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kisah inspirasi beliau itu pernah tular dan beliau berkongsi melalui detik sukar sebelum bergelar jutawan. Begitu besar pengorbanan Datin Shahida yang setia menemani melalui waktu kesusahan tersebut bersama Datuk Aliff sehinggalah mengecapi kejayaan seperti hari ini.

Hasil perkahwinan mereka hampir 13 tahun, mereka berdua dikurniakan 6 orang anak. Kini Datuk Aliff sedikit demi sedikit sudah mula memberikan pendedahan buat anak-anak untuk belajar berniaga dan juga mempromosikan produk.

Berkongsi gambar Qadejah dengan solekan, wajah Qadejah persis sekali dengan wajah Datin Shahida sehinggakan jika dilihat sekali imbas pasti ramai yang tersalah sangka bahawa Qadejah adalah isteri Datuk Aliff iaitu Datin Shahida.

Melalui caption pada entri tersebut Datuk Aliff juga turut mengatakan bahawasanya syarikat milik beliau iaitu Dherbs Holding bakal diwariskan kepada anak-anaknya.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut ternyata mencuri tumpuan para netizen. Ramai yang memuji kecantikan Qadejah dan membayangkan wajah Qadejah yang bakal menjadi secantik ibunya nanti.

Seorang warganet telah mngalkan komen sekiranya beliau mengahwini anak Datuk Aliff adakah beliau akan dapat merasai kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh Datuk Aliff Syukri.

Tanpa berselindung, memang sangat jujur sungguh soalan yang diajukan oleh lelaki tersebut buat Datuk Aliff. Sudah pasti apabila Qadejah meningkat dewasa nanti pasti ramai jejaka yang ingin memikat anak Datuk Aliff Syukri ini.

Qadejah masih lagi bersekolah rendah dan terlalu jauh untuk Datuk Aliff berfikir mengenai perkara tersebut. Namun sudah semestinya Datuk Aliff juga mempunyai perancangan yang tersendiri buat buah hatinya itu.

Walau apa pun perancangan Datuk buat Qadejah nanti mudah-mudahan semoga Qadejah membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti buat kedua ibu bapanya apabila sudah dewasa kelak.

Sumber : Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.