Hiburan

“Bagus Izreen ni tak bezakan anak, anak tiri anak sendiri layan sama je” – Netizen

Ibarat membuka lembaran baru dalam kehidupan, episod duka mengenai kisah peribadi pelakon ini telah lama berlalu dan perkawinan Izreen bersama suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude juga sudahpun memasuki usia tiga tahun. Psangan ini juga telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi.

Setelah begitu lama menutup ruangan komen di instagramnya Izreen kini kembali membuka ruangan komen baru-baru ini kerana berhasrat untuk membantu para peniaga kecil mengiklankan produk mereka menerusi Instagram miliknya.

Izreen yang seringkali menjadi mngsa f1tnah ini sudah lali dengan apa jua tomahan yang diterimanya. Kata beliau lagi, dirinya tidak mahu lagi terlalu memikirkan kata-kata orang dan segala komen neg4tif yang bakal beliau terima diruangan komen itu akan di padamkan sahaja.

Berkongsi beberapa keping gambar anak-anak di instagramnya, gambar tersebut ternyata mencuri perhatian para pengikutnya kerana terharu dengan layanan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Izreen buat kesemua anak termasuk anak-anak tirinya.

Ketiga-tiga orang anaknya dimana 2 orang daripadanya ialah anak kepada suaminya bersama bekas isteri kelihatan memakai baju yang sedondon. Izreen juga tidak lokek untuk membelikan hadiah serta permainan buat anak-anak tirinya.

Netizen terharu melihat sisi berbeza dalam diri pelakon jelita ini dan mendoakan agar Izreen menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu tiri yang terbaik buat mereka.

Seorang peminat mngalkan komen yang memuji sikap Izreen kerana tidak membezakan kasih sayang dan layanan diantara anak-anak. Peminat itu juga mendoakan agar anak-anak ini membesar menjadi anak yang soleh dan solehah dimasa akan datang.

Alhamdulillah, tidak semua ibu dan bapa tiri itu bersikap jahat terhadap anak tiri mereka. Masih ramai lagi yang mempunyai hati yang mulia dan ikhlas menjaga dan melayani anak tiri ibarat seperti anak sendiri. Doakan yang baik pasti yang datang itu adalah yang baik-baik juga.

Sumber : izreen.azminda

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.