Seni lakonan begitu penting dalam industri hiburan tanah air dan pastinya memerluukan pelakon yang berkualiti bagi menghidupkan watak dalam sesebuah drama atau filem. Maka tidak mustahil apabila golongan artis sentiasa dibayar dengan gaji yang tinggi kerana bukan mudah untuk menjiwai sesuatu watak lakonan. Pelakon yang sudah lama menempa nama dalam dunia lakonan antaranya Rozita Che Wan.
Rozita Che Wan yang dikenali dengan nama Che Ta ini sentiasa menjadi tumpuan ramai apabila penampilannya sentiasa up to date dengan fesyen terkini. Seperti yang kita ketahui, ibu kepada tiga orang anak ini sering kelihatan bergaya ke mana sahaja dia pergi dan tampak muda dari usia sebenarnya.
Bukan itu sahaja, lakonan Che Ta menerusi drama atau filem juga membuatkan ramai penonton menyukainya di kaca televisyen. Setiap watak yang dilakonkan oleh Che Ta pasti disukai ramai.
Temubual Che Ta bersama team Nona menerusi segmen The Truth bersama Kiffy Razak telah mendedahkan rahsia sebenar dalam dunia lakonannya terutama dari segi pembayaran lakonan.
Che Ta mempunyai prinsipnya tersendiri apabila Che Ta akui tidak menerima bayaran yang terlalu rendah untuk lakonannya. Bagi Che Ta, populariti tidak diutamakan tetapi lebih kepada mendapatkan duit bagi setiap tugasan berlakon.
Teaser temubual tersebut telah dimuatnaik pada instagram Che Ta dan ditonton sehingga 7,000 tontonan. Video penuh temubual eksklusif antara team Nona dan Che Ta telah disiarkan secara live di Y0utube dan Faceb0ok pada 30 Mei lalu.
Betul kata Che Ta. Kalau payment rendah pun buat apa, berlakon dah penat-penat kenalah payment tinggi kan. Che Ta pun dah dikira pelakon senior gitu…
Sumber: instagram Rozitachewan1
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.