Hiburan

“Cantiknya bilik Cik Ani, patutla Allah murahkan rezeki Dato Chef Wan” – Netizen

Tiada lain yang diharapkan oleh seorang anak melainkan doa seorang ibu sekiranya ibunya masih hidup. Percayalah dengan kuasa doa daripada seorang ibu yang tiada hijabnya disisi Allah. Menghormati seorang ibu itu sangat dituntut dalam ajaran islam sehinggakan sebuah syurga itu diibaratkan letaknya dibawah kaki seorang ibu. Kejayaan dan kehidupan seorang anak yang berjaya pasti salah satunya adalah kerana berkat doa dan kasih sayang seorang ibu.

Bagi chef terkenal iaitu Dato Chef Wan, kasih dan sayangnya buat ibu tersayang mengatasi segala-galanya. Sememangnya Dato Chef Wan sangat dikenali dengan sikap dirinya yang sentiasa menyantuni dan memuliakan wanita. Sama ada pada ibunya atau juga bekas isterinya.

Para peminat sememangnya mengagumi sikap Dato Chef sering yang berbuat ehsan terhadap bekas isteri apaatah lagi buat ibu kandungnya sendiri. Mempunyai seorang ibu yang bakal meniti usia 90 tahun pada Oktober depan, Dato Chef Wan berkongsi cerita mengenai ibunya yang masih lagi mengemas tempat tidurnya sendiri setelah bangun sahaja daripada tidur.

Atas contoh tauladan dan didikan daripada ibu bapanya itulah yang membuatkan dirinya dan adik beradik yang lain belajar untuk berdikari dan lebih bertanggungjawab untuk membantu keluarga seharian.

Memuatnaik video diinstagram bagi meraikan kedatangan Mak Ani iaitu panggilan Dato Chef Wan buat ibu tersayang, Dato Chef berkongsi rutinnya setiap minggu dengan membersihkan bilik ibunya. Dato Chef Wan juga sudah tidak sabar lagi untuk melepaskan rindu berjumpa Mak Ani. Kata beliau lagi Mak Ani akan kembali menginap di rumahnya dalam masa 2 minggu lagi sekembalinya dari rumah adik perempuannya di Lumut.

View this post on Instagram

Just finished cleaning up my mother masterbedroom. There always proper dusting to do once a week. My mother despite approaching 90 yrs old this October still does her own bed every morning when she get up. Even masa kecil my mother tidak suka rumah yang kotor dan bersepah. Walau pun kita duduk didalam satu keluarga yg ramai masing2 ada tanggung jawab masing2 untuk membantu ibu dan ayah daily. As a result of that we all belajar untuk berdikari dan hidup pun lebih bertangung jawab dan rajin membuat kerja. Parenting mesti tegas. Anak2 mesti di ajar time management dan masa mereka itu di isi dengan baik dan tidak asyik bermain 24 jam atau pun mengadap computer. Jangan la have the habit of getting up late as an excuse to sleep more than we need. Alot of successful people bangun awal and pandai menguna kan masa mereka. Habit budaya lepak ni memang buang masa. Jika dah bergaul berjam jam tu mula la cerita pun jadi bukan2 silap cakap menambah kan dosa. Jika anak2 tidak di asuh dgn decipline sampai ketua sikap buruk mereka akan kekal pada diri dan keluarga masing2. Cant wait for her to be back up here in 2 weeks from Lumut at my youngest sister home. Rindu emak..

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Melihatkan betapa mewahnya bilik yang Dato Chef Wan sediakan buat ibunya, para netizen sangat kagum dengan kemuliaan hati Dato Chef Wan. Netizen juga memuji citarasa Dato Chef Wan dalam memilih perabot bagi menghiasi bilik ibunya itu.

Video yang dikongsikan oleh Dato Chef Wan itu benar-benar memberikan inspirasi buat para pengikutnya. Mereka turut mendoakan kesejahteraan Dato Chef Wan supaya diberikan ganjaran oleh Allah diatas layanan beliau buat ibunya itu.

Sesungguhnya rezeki orang yang bersedekah ini tidak akan pernah habis. Apattah lagi sekiranya memberikan sedekah buat ibu sendiri dengan mengutamakan kebajikan ibu dan memewahkan ibu bapa sekiranya berkemampuan.

Sumber : Instagram _chefwan58

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.