Hiburan

“Baju biru mana menjadi pujaan hati, satu single satu lagi boleh kawin 4”

Pada 1 Syawal yang lalu, Sharnaaz telah memuatnaik gambar dirinya menyambut hari raya tahun ini bersama isteri Noor Nabila serta anaknya Jebat Jayden. Walaupun status rumahtangga mereka berdua masih lagi menjadi tanda tanya namun perkara tersebut tidak menghalang mereka berdua bersikap professional demi kebahagiaan anak tersayang iaitu Jebat Jayden yang hampir berusia dua tahun.

Isu mengenai mereka berdua diketepikan buat sementara waktu untuk memberikan ruang buat anak kecil mereka merasai suasana sambutan hari raya dengan kehadiran kedua-dua ibu dan bapa.

Buat anak kecil seusia Jebat, masih perluukan perhatian daripada kedua ibu bapa kerana masih belum mengerti apa yang berlaku dalam keluarganya. Sikap saling bertoleransi diantara psangan ini dipuji ramai. Para peminat juga berharap semoga hubungan psangan ini kembali pulih semula.

Memuatnaik beberapa keping gambar terkini menerusi Instagram Jebat Jayden, caption pada gambar berkenaan mencuri tumpuan para peminat. Walaupun psangan ini masih tidak mengumumkan status sebenar hubungan mereka berdua, namun caption di Instagram yang mengusik Sharnaaz boleh berkahwin empat sudah cukup menggambarkan dimana hubungan diantara mereka berdua semakin positif dan sudah boleh bergurau senda.

Seperti dapat membaca bayangan yang diberikan menerusi caption itu, para netizen juga memainkan peranan untuk menyatukan kembali psangan ini dengan berkata walaupun Sharnaaz boleh berkahwin empat namun dirinya masih setia pada yang satu.

Netizen tidak putus-putus mendoakan agar psangan ini kembali bersama semula. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh para netizen buat psangan ini.

“Moga baba n mommy Jebat bahagia hingga hujung janah bersama Jebat”

“Buat mommy n baba.. Buang yg keruh.. Amik yg jernih.. Always doa for this family”

“Semoga mama dgn baba bersatu blk dunia akhirat amiin”

“Pasti dia setia pada yang satu betul tak sharnaazahmad?”

Seakan sudah ada sinar harapan buat hubungan mereka berdua, marilah kita bersama mendoakan perkara yang baik dalam hubungan mereka berdua. Bak kata pepaatah buanglah yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga hubungan kedua mereka dapat dipulihkan semula.

Sumber : Instagram jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.