Hiburan

“Hey awak, saya rindu awak setiap hari”- BCL rindu Ashraf dihari raya

Hati mana yang tidak sedih apabila kehilangan insan tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya. Semua orang tidak terlepas daripada ujian yang diberi oleh Allah. Namun, kehilangan seseorang yang kita sayang memberi hikmah dalam mengajar kita untuk terus tabah dan kuat serta meletakkan kebergantungan hanya pada Allah. Dugaan besar yang dilalui oleh penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari apabila kehilangan suami tercinta telah menjadikan dirinya antara wanita yang begitu kuat dan cekal.

Berita kem4tian Ashraf telah mengejutkan industri hiburan tanah air dan Indonesia apabila arw4h Ashraf disahkan mngal dunia akibat srangan jntung pada usia 40 tahun. Pemergiaan arw4h sekaligus telah memberi kesan yang cukup mendalam kepada Bunga dan anak lelakinya, Noah. Turut sama terkesan termasuklah ahli keluarga Ashraf sendiri.

Setelah hampir empat bulan arw4h Ashraf telah pergi menghadap Ilahi, buat pertama kalinya Bunga memuatnaik foto suaminya menerusi laman Instagram dengan luahan rindu yang begitu menyentuh emosi. Luahan rindu Bunga buat suami tercinta pada posting foto yang dikongsi itu ternyata meruntun hati ramai netizen.

Warga netizen sentiasa memberi kata-kata semangat buat Bunga yang telah kehilangan suami pada Februari lalu. Ribuan peminat termasuk rakan-rakan artis turut mngalkan komen buat Bunga pada posting foto tersebut dan mendoakan kesejahteraan buat Bunga serta kiriman doa buat arw4h Ashraf. Kehilangan Ashraf membuatkan ramai peminatnya sendiri turut merasai pemergiaan pelakon kesayangan mereka.

“Sabar yaa bunga”- Netizen

Sabar yaa bunga, semangat hidup harus tetap diteruskan”- Netizen

“True love does exist between bunga and Ashraf”- Netizen

Aishah Sinclair turut mngalkan komen pada posting Bunga. Bagi Aishah,kehadiran Ashraf adalah satu kesyukuran dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Bunga dan arw4h Ashraf telah mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Perasaan rindu pada yang telah pergi selama-lamanya memang sedih sekali, apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Bunga dan Noah ya.. Al-fatihah buat allahyarham Ashraf Sinclair.

Sumber: instagram Bclsinclair

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.