Johan memulakan kerjaya sebagai pelawak selepas mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Raja Lawak pada tahun 2007. Raja Lawak ialah sebuah rancangan realiti yang berkonsepkan pencarian bakat pelapis kepada golongan pelawak. Beliau seterusnya menubuhkan kumpulan Jozan bersama dengan naib juara program realiti itu, iaitu Zizan Razak. Beliau menamatkan zaman bujang dengan mendirikan perkahwinan bersama pelakon Ozlyn.
Kini anak saudara kepada penyampai radio terkenal iaitu Salleh Yakob ini telah menjejaki langkah bapa saudaranya bergelar penyampai radio sebagai penyampai radio Era.
Johan dan Ozlyn yang kini mempunyai 5 orang anak sering menerapkan aspek ilmu agama dan cara didikan yang berhemah buat anak-anak dengan menjadi contoh tauladan buat anak-anak mereka. Sentiasa merendah diri, Johan juga mengajar anak-anaknya untuk sentiasa bersederhana dalam segala hal.
Anak bujang Johan juga kelihatan sangat rapat dengan Johan. Biasanya dalam umur sebegitu selalunya anak-anak bujang akan bawa diri sendiri dan tidak menempel dengan ibu bapa namun berlainan dengan anak Johan yang sulung kerana sangat rapat dengan keluarga dan adik beradik.
Memuatnaik video terkini di instagramnya, Johan menegur anaknya Moleiq yang bermain-main ketika mereka sekeluarga menunaikan solat berjemaah. Moleiq yang baru menginjak usia 2 tahun mengangguk seakan faham apa yang diperkatakan oleh Johan.
Comel sungguh Moleiq memberikan respon kepada ayahnya. Nampak ciri-ciri anak yang patuh dan taat kepada ibu dan bapa.
Ramai rakan artis dan netizen yang mengagumi sikap psangan suami isteri ini yang sangat berhemah dalam mendidik anak-anak mereka. Walaupun anak-anak masih kecil namun sikap dan nilai murni yang mereka terapkan kepada anak-anak semejak dari usia muda inilah yang bakal menjadi pegangan mereka apabila sudah dewasa kelak.
Berikut dikongsikan beberapa komen netizen yang memuji kecomelan Moleiq semasa ditegur oleh Johan.
Bagus tindakan Johan memberikan teguran buat anaknya sejak dari kecil supaya apabila mereka besar nanti, mereka sudah mampu untuk bezakan diantara perkara yang betul dan salah.
Walaupun keluarga ini dilihat mendidik anak-anak mereka dengan tegas namun sebenarnya ianya juga penuh dengan kelembutan dan cara mereka mendidik anak sangat menjadi inspirasi buat semua.
Sumber : Instagram jozlynnhanania
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.