Hubungan diantara pelakon Azar Azmi dan Fizo Omar mula menjadi perhatian setelah mereka berdua berlakon bersama menerusi drama Maaf Tak Indah. Fizo yang belumpun setahun bergelar duda, dikatakan sangat selesa dengan sikap g1la-gi1la Azar. Spekulasi mengenai mereka berdua juga mulai menjadi bualan hangat setelah sering menghasilkan video untuk dimuatnaik ke saluran youtube bersama-sama.
Jejaka kelahiran Kota Bharu itu pernah mendirikan rumahtangga pada November 2013 dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Wan Maryam hasil pernikahan beliau bersama Mawar Abdul Karim selama 6 tahun. Azar pula yang baru sahaja putus tunang turut dikaitkan dengan kehadiran Fizo sebagai punca dan menjadi orang ketiga dalam hubungan Azar dan bekas tunangnya.
Walaupun menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama Fizo Omar namun warna baju raya yang sedondon dipakai oleh kedua psangan ini pada hari raya yang lalu turut mencuri tumpuan warga maya sehingga menguatkan lagi desas desus mengenai hubungan mereka berdua. Azar juga dah semakin pandai membuat caption di Instagram menggunakan loghat Kelantan sejak mengenali Fizo.
Memuatnaik sedutan video dirinya dan Fizo sedang memasak sebagai video terbaru yang bakal dimuatnaik ke youtube mereka berdua, sedutan video itu membuatkan para peminat teruja untuk menyaksikan gelagat mereka berdua memasak bersama.
Gelagat Azar yang bergurau senda bersama Fizo turut mencuit hati netizen. Azar meminta maaf kepada Fizo dan meminta Fizo supaya jangan memarahi dirinya dengan gaya yang bersahaja. Tersenyum Fizo akhirnya melayankan kerenah Azar itu.
Sikap Azar yang “masuk air” dan sering berjenaka seolah-olah menghidupkan lagi suasana dalam hubungan mereka berdua kerana Fizo seorang yang agak serius. Gandingan mereka berdua seperti melengkapkan kehidupan masing-masing.
Ramai yang sukakan hubungan mereka berdua ini dan mengatakan wajah mereka juga agak seiras antara satu sama lain. Netizen juga mendoakan agar jodoh mereka berdua dipercepatkan sekiranya benar-benar mempunyai hubungan istimewa.
Mereka berdua pun masing-masing bujang jadi rasanya tidak salah sekiranya mereka berdua bersama. Keserasian diantara mereka berdua cukup terserlah apabila bergandingan dan tidak mustahil sekiranya mereka berdua berjodohan.
Sumber : Instagram azarazmi
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.