Hiburan

Mewahkan bekas isteri, Chef Wan tunai janji jaga kebajikan bekas isteri sehingga akhir hayatnya

Siapa sahaja yang tidak mengenali chef selebriti terkemuka di Malaysia iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau nama popular, Chef Wan dengan kehebatannya memasak pelbagai jenis resipi terbaik. Chef wan telah lama berkecimpung dalam dunia chef dan perhotelan sehingga namanya dikenali ramai menerusi pelbagai program masakan yang sering disiarkan di televisyen. Dengan perwatakannya yang menarik dan menncuit hati itu telah membuatkan ramai orang begitu meminatinya sehingga ke hari ini.

Di sebalik sikap lucu Chef Wan yang kita sendiri lihat, bapa kepada dua orang anak ini ternyata seorang yang cukup bertanggungjawab. Meskipun perkahwinannya bersama bekas isteri iaitu Allahyarham Norhayati hanya bertahan selama empat tahun, kebajikan arw4h tetap dijaga oleh Chef Wan selama 33 tahun sehinggalah arw4h dijemput ilahi pada 18 Mac lepas akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.

Chef Wan sendiri mendedahkan menerusi kapsyen di instagram miliknya, setiap bulan dia sentiasa pastikan arw4h Norhayati menerima RM5000 sebulan untuk membeli barang-barang keperluan. Chef Wan juga turut membelikan sebuah rumah buat arw4h yang jaraknya hanya dua minit sahaja.

View this post on Instagram

With my late x wife Beraya di Sg Koyan with my mother di dalam kenangan. She is by nature a kind, sweet, gentle person. But we were so young when her insanely jealous behaviour had destroyed our 4 yrs marriage. As we were not compatible i decided to end up the marriage. It was a painful ending for both of us emotionally. But i never blame her for that as i understood that she had come from a very poor family life dan jarang bergaul dgn orang. Her life dari kecil is pretty much house work as she come from a family of 14th children. Many also died at early age. She only educated up to standard 3 sekolah agama and had to stopped due to poverty. My marriage was an arrange marriage in a way too between my dad and my grandmother off course with my blessings. I was 22 and she was 19th ketika itu. She really loved me but was also too obsessed of owning me. My mom used to blame me for always spoiling her to the point she felt in secured of loosing me. Until today i still believed the insecurity and inmaturity that had brought our marriage down. Understanding what she has gone through life hati saya tak sampai untuk melepas kan dia mcm tu sahaja tanpa menjaga kebajikan beliau. So i made a promised on the day i divorce her infront of the Kadi in Kuang that i will not ruin her life but to care for her welfare sehingga la ke hujung nyawa nya sampai ke liang lahat itu. So i have kept that promised for 33 years. May be i have alot of compassion and enpathy for her and tak nak hidupnya melarat apa tah lagi beliau ada lah ibu kepada anak2 saya. After that we seen to be better as friends and she respected me and valued me more for always being there for her. I bought her a 3 bedroom apartment just 2 minutes walk on the next block where my penthouse is and every month i make sure she gets rm5,000 or more for her food allowances while i took care of her home,I.D, clothing, travels etc. All she need to do is ask. But she the sort would never ask for anything. Instead i still lavished her with what i can afford. I always tell her anytime nak pergi mana2 ke just tell the driver he would take u. She said…" tak pe Wan saya dah banyak menyusah kan awak." naik la dia taxi.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Bagi pandangan peribadi Chef Wan, dia sendiri tidak sanggup melepaskan bekas isterinya tanpa menjaga kebajikan beliau kerana bekas isterinya adalah menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Sementara itu, kapsyen yang ditulis oleh Chef Wan telah mencuri tumpuan netizen apabila ramai netizen meluahkan perasaan kagum dengan sikap tanggungjawabnya yang begitu tinggi terhadap bekas isteri meskipun sudah tidak bersama lagi.

Tidak dinafikan, sikap tanggungjawab yang dimiliki oleh Chef Wan membuatkan dirinya cukup dihormati dan disegani.

“Alangkah bagusnya jika semua lelaki bertanggungjawab macam Chef Wan terhadap ex wife dan anak2 mereka”- Netizen

“Sedihnya, baca pun dah boleh rasa keikhlasan seorang suami”- Netizen

“Serina and Chef Riz really luck dapat ayah yang betul2 bertanggungjawab”- Netizen

Dalam pada itu, posting foto Chef Wan bersama bekas isteri, ibu dan anak-anaknya telah menerima 27 tanda suka serta ruangan komen dibanjiri reaksi positif daripada netizen.

Ramai memuji sikap bertanggungjawab yang ada pada Chef Wan dan seharusnya menjadikan satu contoh buat k4um lelaki di luar sana.

Bagusnya Datuk Chef Wan… 33 tahun tunaikan janji jaga kebajikan bekas isteri walaupun dah tak bersama. Apa-apa pun, takziah buat Chef Wan sekeluarga atas pemergiaan bekas isterinya. Al-fatihah.

Sumber: instagram Chefwan58

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.