Setiap psangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pasti menginginkan cahaya mata yang pertama. Tidak dinafikan, kehadiran cahaya mata menambah lagi seri dalam kehidupan psangan suami isteri dan semestinya anugerah dari Tuhan yang cukup bernilai. Keinginan untuk memiliki cahaya mata juga antara impian pelakon, Farah Nabilah sendiri selepas bergelar isteri kepada juruterbang pada hujung tahun lepas.
Melihat rakan baiknya sendiri iaitu Izara Aishah yang baru sahaja menerima cahaya mata sulung, Farah Nabilah atau dikenali dengan nama panggilan Fawa ini juga menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata. Secara umumnya, Izara dan Fawa mempunyai hubungan persahabatan yang sangat rapat sejak zaman dahulu lagi. Hubungan cinta Fawa dan suaminya juga terjalin selepas diperkenalkan oleh Izara sendiri sejak tujuh tahun lalu.
Dalam pada itu, Fawa baru-baru ini telah berkongi foto terbarunya bersama cahaya mata perempuan Izara, Irisa Alaia yang telah dilahirkan pada 15 April lalu. Fawa dilihat menziarahi rumah Izara sempena perayaan Aidilfitrit dan mengambil peluang untuk melihat cahaya mata baru Izara. Foto Fawa mengendong Irisa Alaia telah menjadi perhatian netizen apabila Alaia kelihatan seolah-olah menyukai rakan baik ibunya itu.
Warga netizen tidak ketinggalan menitip doa yang baik buat Fawa dan rata-ratanya tidak sabar menanti berita hamil daripada Fawa. Bukan itu sahaja, ramai netizen memuji wajah comel Irisa Alaia yang kini semakin membesar dengan sihat.
“Alhamdulillah dah mula ngidam insyaAllah tak lama lagi tu adalah, musim pkp ni lagi senang”- Netizen
“Ambik aura dulu, moga2 melekat juga”- Netizen
“InsyaAllah lepas ni junior Fawa pulak”- Netizen
“Comelnya baby”- Netizen
Sementara itu, foto Fawa bersama Irisa Alaia telah menerima 82,000 tanda suka dan pelbagai reaksi daripada netizen menerusi ruangan komen.
Terdahulu, majlis perkahwinan Fawa bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus telah menjadi tumpuan netizen di laman media sosial selepas gambar-gambar perkahwinan Fawa tular. Fawa dan suami telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2019.
Tak sabarnya nak dengar berita gembira dari Fawa pulak, ramai peminat Fawa dah doakan untuk Fawa moga-moga Fawa ada isi lepas ni, semoga yang baik-baik buat Fawa dan suami ye…
Sumber: instagram Farahnabilahofficial
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.